"10 Tahun Kita Tak Bertemu!" - Catriona Ross Terkejut Waheeda Wassini Muncul Konsert GGV2
Amri Hassan
02/04/2018 08:40 MYT
02/04/2018 08:40 MYT
Setelah sekian lama menyepikan diri daripada dunia seni, Waheeda akhirnya membuat kemunculan pada konsert pertama Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) pada Sabtu lalu.
Kemunculan mengejutkan Waheeda itu mengubat kerinduan peminat penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu.
Namun, lebih mengharukan apabila kemunculan Waheeda itu mengejutkan pelakon Catriona Ross yang sudah terputus komunikasi sejak 10 tahun lalu.
"Saya muncul di GGV2 dan duduk di kerusi yang disediakan. Beberapa minit kemudian saya mendengar suara yang sangat saya kenali suatu ketika dahulu.
"Saya melihatnya dan saya tahu diala Waheeda Wassini. Rindu!
"Sudah lebih 10 tahun kita tidak bertemu," kongsi Catriona di Instagramnya.
Waheeda muncul bagi memberikan sokongan kepada penyanyi nasyid yang pernah suatu ketika dahulu popular di persada seni tempatan.
"7 minggu kan? Saya tak sabar untuk berjumpa kamu lepas ini memandangkan saya 'pompom girl' kumpulan Brothers," balas Waheeda.
Waheeda yang tampil berniqab merah jambu itu menggamit kenangan peminat setianya suatu ketika dahulu.
Malah, ada antara peminatnya yang mahukan Waheeda menyertai GGV selepas ini.
"Tahun depan Waheeda Wassini boleh jadi sebahagian daripada peserta GGV," tulis salah seorang peminatnya.
"Rindunya nak dengar suara lunak Waheeda," tambah peminat lain.
Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 39, merupakan penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Wassini. Lagu itu pernah dinobatkan sebagai juara kategori Irama Malaysia Anugerah Juara Lagu 2003.
Selain itu, Waheeda pernah muncul dalam beberapa buah filem antaranya Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, Anak Mami Kembali dan Nana Tanjung.
GGV bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kedua GGV bakal membawa tema Juk Juk Mendengarnya dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @catrionaross, @gothicniqabiah\