Skip to main content

Selebriti

2 Malam, 2 Konsert Bersama Astro

2 Malam, 2 Konsert Bersama Astro

Sekilas

  • Astro sambut ulang tahun ke-30 dengan dua malam konsert hebat, Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026 di Idea Live Arena, 3 Damansara.
  • Konsert Sooka menampilkan kumpulan popular seperti The Lantis, Insomniacks dan Bunkface, manakala Konsert Vaganza mempersembahkan kolaborasi artis legenda dan generasi baru termasuk Datuk Ziana Zain, Hussain dan Jaclyn Victor.
  • Tiket kini boleh dibeli di Ticketmelon dengan pelbagai kategori untuk pengalaman muzik meriah yang merentasi generasi dan genre.
Advertisement

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal menikmati dua malam penuh hiburan menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026, bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Mengangkat tenaga One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert ini menghimpunkan barisan artis daripada pelbagai generasi, menawarkan pengalaman muzik yang merangkumi persembahan band bertenaga, lagu-lagu popular serta kolaborasi eksklusif yang bakal mencipta momen istimewa buat para peminat.

Advertisement

Mengulas mengenai penganjuran kedua-dua konsert ini, Naib Presiden, Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan, daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri.

"Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami ingin memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat, sambil menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia"

"Kedua- dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik"

Advertisement

Buat peminat muzik generasi muda, Konsert Sooka pada 5 Disember bakal menampilkan barisan kumpulan muzik popular yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan pendengar Gen Z.

Menghimpunkan The Lantis, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo dan penampilan istimewa daripada Kudrat Boys, konsert ini meraikan keunikan muzik berkumpulan menerusi lagu-lagu hit yang dekat di hati peminat.

Dikenali dengan persembahan bertenaga, melodi yang mudah melekat di ingatan serta lagu-lagu yang mengundang singalong, setiap kumpulan bakal membawa karakter muzik tersendiri ke pentas.

Penonton boleh menjangkakan suasana seperti sebuah persembahan muzik langsung yang meriah, dengan peluang untuk menyanyi bersama dan menikmati setiap rentak sepanjang malam.

Konsert Vaganza: Malam Ikonik Merentasi Generasi

Pada 6 Disember, Konsert Vaganza bakal menyajikan pengalaman muzik yang lebih istimewa menerusi gandingan artis daripada pelbagai generasi.

Antara yang bakal mencuri perhatian ialah duet Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain, selain persembahan Jaclyn Victor bersama Datuk Ramli MS yang bakal membawakan hampir 20 buah lagu dalam satu segmen istimewa.

Malam tersebut turut menyaksikan pertemuan pertama Tenxi dan Nadeera di atas pentas menerusi sebuah duet, selain penampilan Tenxi bersama artis-artis Malaysia dalam sebuah konsert.

Keunikan persembahan turut diperkaya dengan pengaruh muzik Datuk Ramli MS yang bakal menerajui susunan muzik bagi lagu-lagu hit ALPHA dan karya Noh Salleh, menggabungkan identiti muzik tersendiri setiap artis dengan sentuhan seorang maestro industri.

Tidak ketinggalan, elemen Girls Power bakal menyerikan pentas menerusi gabungan Mimi Fly bersama The Girls yang terdiri daripada Odda, Amarra dan Tengku Ratu.

Penonton juga bakal menyaksikan Hussain dan ALPHA kembali bergabung dalam satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.

Dengan lebih 30 buah lagu sepanjang tiga jam, Konsert Vaganza bakal membawa penonton menikmati sebuah persembahan yang menggabungkan kekuatan vokal, kepelbagaian genre dan kolaborasi yang jarang dapat disaksikan dalam satu pentas.

Tiket untuk Konsert Sooka dan Konsert Vaganza kini boleh didapati menerusi Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.

Peminat boleh membeli kategori tiket mengikut keselesaan masing-masing untuk menikmati dua malam persembahan yang meraikan muzik, nostalgia dan hiburan sempena ulang tahun ke-30 Astro.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement