Skip to main content

Selebriti

30 Tahun Dalam Industri, Siti Nurhaliza Bakal Umum Kejutan Besar Buat Peminat - "Saya Sedang ..."

Siti Nurhaliza Keluar Album Baru

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan sedang menyiapkan album tradisional terbaharunya yang bakal dilancarkan pada Oktober ini.

Menurut Siti, projek istimewa itu turut menerima dana daripada MyCreative Ventures dan kini berada di fasa akhir persiapan.

Advertisement

"Saya dalam proses siap album tradisional dan bakal dilancarkan pada bulan 10. Saya dapat dana dari Mycreative. Jadi, memang ada deadline dan saya kena siapkan. Lagu dah dapat. ada 10 ke 11 lagu.

"Lagu pertama sangat istimewa dah siap recording dan dalam minggu ini saya akan buat rakaman seterusnya. Sekarang saya sibuk dengan music video. Kena buat MV dan dokumentari atau behind of the scene. Saya amat teruja dengan album tradisional ini," katanya ketika ditemui Gempak.

Lebih menarik, album tersebut bakal menampilkan dua lagu duet, salah satunya bersama anak saudaranya, Umairah, manakala satu lagi dengan seorang penyanyi legenda tempatan.

Dalam masa sama, Siti turut berkongsi akan ada kejutan besar sempena 30 tahun perjalanan karier seninya.

"Selepas itu, saya akan umumkan kejutan selama 30 tahun dalam industri. Boleh menambung pembelian tiket yang akan diumumkan tak lama lagi. Album tradisional, konsert nanti diumumkan.

Terdahulu, pelantun lagu Cindai itu pernah menyatakan hasrat untuk menganjurkan konsert tradisional terbesar, yang dijangka bakal berlangsung pada April 2025.

Sekadar info, Siti Nurhaliza pernah mencipta sejarah peribadi apabila mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.

Must-Watch Video

Advertisement