Sekilas
- Seorang peguam syariah berkongsi kisah kliennya yang baru berkahwin empat bulan menghadapi masalah suami enggan tanggung kos anak yang dikandungnya.
- Suami wanita itu menolak untuk menambah komitmen kewangan dengan alasan tidak mampu, walaupun isteri sudah hamil tiga bulan.
- Perkongsian ini mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap tindakan lelaki tersebut tidak bertanggungjawab.
Di Threads, tular satu perkongsian dibuat seorang peguam syariah mengenai ujian yang dihadapi seorang kliennya yang baru bernikah selama empat bulan.
Menerusi hantaran dibuat, peguam yang dikenali sebagai Adlyna Ezad memaklumkan bahawa pada awalnya urusan nafkah melibatkan kliennya tidak mempunyai sebarang masalah namun konflik mula tercetus apabila dirinya disahkan hamil tiga bulan.
“Dapat panggilan telefon daripada seorang klien, ‘Puan, saya baru empat bulan kahwin. Sebelum kahwin saya bujang dan suami saya duda anak 4. Dari segi nafkah alhamdulillah saya okay tak ada masalah. Masalahnya sekarang, baru ini saya baru dapat tahu yang saya pregnant dah masuk tiga bulan.
Apa yang membuatkan kliennya buntu apabila si suami tidak mahu membiayai urusan berkaitan anak yang sedang dikandungnya atas alasan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menambah komitmen.
“Alhamdulillah tahniah sayang, tapi baby ni abang tak tanggung tau. Komitmen abang dah cukup-cukup bayar apa yang ada.
“Nanti sayang urus sendiri ye semua barang-barang baby, susu pampers tu ye. Abang tak mampu nak tambah komitmen lagi,” ujar suaminya.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang kemarahan rata-raya netizen yang menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Sumber: Threads Adlyna Ezad