Skip to main content

Antarabangsa

4 Dekad Jadi Gajah Sarkas, ‘Julie’ Akhirnya Bersara

4 Dekad Jadi Gajah Sarkas, ‘Julie’ Akhirnya Bersara

Sekilas

  • Selepas hampir 40 tahun dalam sarkas, gajah terakhir Portugal, Julie, kini menyesuaikan diri dengan kehidupan bebas di santuari 400 hektar di Alentejo.
  • Sejak tiba di Santuari Pangea empat bulan lalu, kesihatan fizikal dan emosi Julie semakin baik dengan berat badan naik 100 kilogram dan dia mula meneroka kawasan sekeliling.
  • Portugal melarang penggunaan haiwan liar dalam sarkas mulai 2024, dan Julie dipindahkan secara sukarela dari sarkas Victor Hugo Cardinali pada Jun lalu.
Advertisement

Selepas hampir empat dekad hidup dalam kurungan, seekor gajah sarkas terakhir di Portugal yang dikenali sebagai Julie, kini mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu yang bebas dan tenang di sebuah santuari seluas 400 hektar di wilayah selatan Alentejo, lapor saluran berita Euro News.

Santuari Pangea, yang merupakan fasiliti berskala besar pertama seumpamanya di Eropah, kini menyaksikan peningkatan tahap kesihatan fizikal dan emosi mamalia gergasi tersebut sejak ketibaannya hampir empat bulan lalu.

Advertisement

Menurut penjaga gajah, Johnny Nascimento, Julie pada awalnya menunjukkan sifat pemalu dan berhati-hati dengan kawasan persekitaran yang asing baginya.

“Namun kira-kira seminggu kemudian, Julie mula membina keyakinan dan bebas memilih laluannya sendiri. 

“Dia mula meneroka kawasan sekitar dan kini benar-benar menganggap santuari ini sebagai rumahnya,” katanya.

Advertisement

Pihak pengurusan memaklumkan Julie dipindahkan ke Alentejo pada Jun lalu susulan perjanjian sukarela bersama sarkas Victor Hugo Cardinali. 

Sejak berpindah, berat badannya dilaporkan meningkat kira-kira 100 kilogram hasil diet seimbang dan ruang pergerakan yang luas, selain gemar menghabiskan masa berkubang di dalam kolam lumpur.

Rekod menunjukkan Julie ditangkap di Afrika sekitar 40 tahun lalu sebelum dibawa ke Portugal sewaktu masih kecil dan berkhidmat dengan sarkas Cardinali sejak 1988.

Portugal meluluskan undang-undang pengharaman penggunaan haiwan liar dalam persembahan sarkas pada 2018, namun pelaksanaannya hanya dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2024 bagi memberi tempoh peralihan kepada pengusaha sarkas untuk mencari penempatan baharu yang sesuai bagi haiwan terbabit.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement