Sekilas
- Pendaftaran Haji untuk Jemaah Terpilih Panggilan Pertama dan Rayuan akan ditutup pada 22 Disember 2025, dan Irzak Travel menggesa pendaftaran awal untuk elak terlepas pakej terbaik.
- Irzak Travel menawarkan Pakej Selesa dengan diskaun sehingga RM10,000, termasuk kemudahan penginapan dinaik taraf dan penggunaan Speed Train untuk kurangkan keletihan jemaah.
- Selain Pakej Selesa, terdapat juga pakej EZGO Plus dan Premium Elite dengan sokongan pasukan berpengalaman serta khidmat turun padang di 52 masjid seluruh negara.
Pendaftaran Haji bagi Jemaah Terpilih Panggilan Pertama (P1) dan Jemaah Rayuan bakal ditutup pada 22 Disember 2025.
Susulan pengumuman rasmi Tabung Haji itu, Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd menyeru jemaah supaya tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan terlepas peluang memilih pakej terbaik.
Berikut lima perkara utama yang wajar diberi perhatian oleh jemaah:
1. Jangan tunggu saat akhir untuk daftar
Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Tuan Haji Amzari Jaafar menasihatkan Jemaah Haji Terpilih Panggilan Pertama dan Rayuan agar segera melengkapkan pendaftaran. Menurutnya, pendaftaran awal memberi lebih banyak pilihan pakej serta memudahkan urusan persediaan ibadah.

2. Pakej selesa dengan diskaun sehingga RM10,000
Irzak Travel menawarkan Pakej Selesa khas untuk jemaah P1 dengan diskaun sehingga RM10,000, menjadikan harga bermula serendah RM44,900. Pakej ini dirangka khusus untuk jemaah yang mengutamakan keselesaan, terutama golongan berusia 50 tahun ke atas.
3. Kemudahan tambahan untuk kurangkan keletihan jemaah
Antara kelebihan utama Pakej Selesa ialah penginapan dinaik taraf di Aziziyah di Hotel Orient Manabir, hanya satu malam bermalam di khemah Muassasim yang dilengkapi sofa bed, serta penggunaan Speed Train bagi perjalanan Mekah–Madinah bagi mengurangkan kepenatan sepanjang ibadah.
4. Pilihan pakej lain ikut keperluan jemaah
Selain Pakej Selesa, Irkaz Travel turut menawarkan pakej EZGO Plus dan Premium Elite bagi musim Haji 1447H/2026M. Untuk Premium Elite, jemaah akan menginap di Hotel Safwah di Mekah dan Al Aqeeq di Madinah.
Semua pakej merangkumi penggunaan Speed Train serta hidangan tiga kali sehari di Mekah, Madinah dan Aziziyah.

5. Sokongan pasukan berpengalaman dan khidmat turun padang
Keseluruhan pengurusan jemaah dikendalikan oleh pasukan Irkaz Travel yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam operasi Haji.
Bagi memudahkan jemaah mendapatkan maklumat tepat, pasukan Irkaz Travel turut turun padang ke 52 masjid terpilih di seluruh negara untuk memberi penerangan, konsultasi terus dan panduan pendaftaran.

Irzak Travel menegaskan bahawa tempat adalah terhad dan pendaftaran awal amat digalakkan bagi memastikan jemaah tidak terlepas pakej pilihan sebelum tarikh tutup.
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi 03-2709 0101 atau hadir terus ke Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur.
