Berita

Abam Ingin Kumpul Aset Sebelum Berkahwin

gempak
Rozaimi Zubaidi
17/02/2017
12:15 MYT
Sponsor Banner
Abam Ingin Kumpul Aset Sebelum Berkahwin
Pelakon dan pelawak Abam Bocey memberitahu ingin mengumpul seberapa banyak aset dan simpanan terlebih dahulu sebelum berumah tangga.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, dia sedar bentuk fizikalnya yang besar menyukarkan untuk dia mencari kerja dan mengumpul aset sebelum berkahwin.
"Saya kena mula untuk kumpul harta sebanyak yang mungkin dulu sebelum kahwin kerana saya tidak berkemampuan untuk bekerja lain selain menjadi seorang pelawak.
"Namun di sebabkan itu saya perlu hargai betul-betul kerjaya yang ada sekarang ini dan kumpul harta pada masa depan.
"Jadi sementara mampu untuk bekerja, saya harus merebut segala peluang yang ada," katanya.
Abam ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.
Kumpulan Bocey akan berentap bersama 14 kumpulan lain di MLM 2017 yang akan bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam, setiap Jumaat bermula malam ini, 17 Februari 2017, pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024