Skip to main content

Selebriti

“Acik Ada 10 Anak, Tapi Tiada Yang...” - PU Riz Tersentuh Kisah Warga Emas

Harris Ismail Tersentuh Kisah Nenek Ditinggalkan

Penceramah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkongsi satu pengalaman menyayat hati ketika mengadakan ceramah di Karnival Ambang Merdeka Ke-68, Bandar Tun Razak 2025 baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, PU Riz menceritakan kisah seorang nenek yang hadir bersendirian ke majlis ilmunya.

Lebih meruntun jiwa apabila warga emas itu melantunkan ayat suci Al-Quran dengan suara merdu yang menusuk kalbu.

Advertisement

Namun, suasana bertukar pilu apabila nenek tersebut meluahkan kisah hidupnya.

“Acik ada 10 anak, tetapi tiada seorang pun yang ingin menjaga acik,” luah warga emas itu.

Tersentuh dengan keadaan itu, PU Riz menegaskan betapa besarnya tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa yang telah membesarkan mereka sejak kecil.

"Saya nak bagi amaran keras kepada anak-anak pada hari ini, jangan sesekali mengabaikan mak ayah kita.Kalau anda seorang anak yang abaikan mak ayah anda sehingga menyebabkan mereka merempat atau berjalan tanpa arah seperti yang kita lihat hari ini, mustahil untuk awak ke syurga.

"Baik dengan mak bukan lagi pilihan, itu kewajipan. Walaupun mak kita mungkin ada kekurangan, tiada alasan untuk kita tidak menyayangi mereka dengan baik," tegasnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib nenek berkenaan.

"Allah, sedihnya.

"Allahuakbar, tak dapat nak menzahirkan kata-kata.

"Dunia akhir zaman.

"Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu," tulis netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement