Skip to main content

Selebriti

Ada Hikmah Di Sebalik Datang Lewat Ke Set Penggambaran, Saiful Apek Selamatkan Keseluruhan Produksi Daripada Tsunami

Ada Hikmah Di Sebalik Datang Lewat Ke Set Penggambaran, Saiful Apek Selamatkan Keseluruhan Produksi Daripada Tsunami

Sekilas

  • Elza Irdalynna berkongsi pengalaman cemas ketika penggambaran filem Anak Mami Kembali yang terpaksa ditukar lokasi akibat pelakon utama, Saiful Apek, lewat hadir ke set.
  • Lokasi asal penggambaran di jeti terpaksa dibatalkan kerana kawasan tersebut dilanda banjir dan tsunami pada 26 Disember 2004.
  • Elza dan kru produksi bersyukur kerana terselamat daripada bencana tersebut, menganggap Saiful Apek sebagai 'hero' kerana kelewatannya menyelamatkan mereka.
Advertisement

Anak kepada aktres Allahyarhamah Azean Irdawaty, Elza Irdalynna berkongsi momen cemas bersama ibunya ketika menjalani penggambaran filem Anak Mami Kembali.

Menerusi perkongsian di Threads, Elza berkata pada awalnya mereka perlu menjalankan penggambaran di sebuah jeti. Namun, disebabkan pelakon utama, Saiful Apek hadir lewat ke set, mereka terpaksa menukar lokasi penggambaran.

Advertisement

“Kalau nak tahu, semasa shooting ini kat Pulau Pinang, aku jadi PA mama. Satu hari itu sepatutnya mereka shoot scene dengan Saiful Apek kat jeti. Tapi Apek terbangun lambat.

“Jadi, mereka tukar timing dan shoot la babak dekat lapangan kapal terbang sebab dah ada jadual dengan mereka,” tulisnya.

Mengulas lanjut, salah seorang kru produksi kemudian memaklumkan bahawa lokasi asal mereka dipercayai sedang dilanda banjir.

Advertisement

Perkara itu kemudiannya disahkan menerusi berita rasmi apabila kawasan berkenaan dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.

Kejadian tersebut sekali gus membuatkan keseluruhan produksi tergamam, namun Elza bersyukur kerana mereka terselamat daripada bencana berkenaan.

“Selepas itu, ada krew maklumkan ‘Batu Feringghi banjir, bot dan sampan semua naik kat jalan’. Aku duduk berfikir macam mana pantai boleh banjir. Tapi kemudian saya sambung kerja.

“Malam itu, sewaktu sedang rehat makan malam, mereka pasang berita ada tsunami melanda pada 26/12/2004. Kami semua tergamam.

“Kalau la kami tengah shooting kat tepi pantai masa tsunami datang, tak tahula kami ini hidup lagi ke tidak. Jadi, secara langsung, Apek jadi hero hari itu. Sampai sudah kami tak boleh marah kalau dia datang lambat,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Must Watch Video

Advertisement