Skip to main content

Selebriti

Ada Niat Dalami Bahasa Arab, Isyariana Masih Belum Ada Masa Untuk Belajar - “Bukan Sebab Nak Cari Jodoh Tapi…”

WhatsApp Image 2026 03 02 at 1.22.06 PM

Penyanyi dan pelakon, Isyariana berkongsi impiannya untuk fasih berbahasa Arab demi memeperluaskan komunikasi serta memahami bahasa Al-Quran dengan lebih mendalam.

Menurut Isyariana, keinginannya itu bukan sekadar suka-suka, sebaliknya kerana kesungguhan yang tinggi untuk berinteraksi dengan orang Arab.

“Saya nak belajar bahasa Arab supaya mudah berkomunikasi dengan orang Arab. Saya belajar bukan sebab nak cari jodoh orang Arab, tetapi kerana mereka di sana kurang berbahasa Inggeris. Jadi, senang nak bercakap dengan mereka. Lagi satu, saya nak faham bahasa al-Quran,” katanya kepada Gempak.

Isyariana berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sesi Meet and Greet Dapur Goodday Misi Inspektor Sani di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 pada Ahad.

Dalam masa sama, Isyariana memaklumkan dia sebenarnya sudah memulakan sesi pembelajaran, namun terpaksa menghentikannya buat sementara waktu kerana jadual kerja yang padat serta komitmen pengembaraan.

“Saya dah mula belajar tetapi sekarang terpaksa berhenti. Ia memerlukan motivasi yang tinggi dan agak susah untuk dihafal. Jadi, buat masa sekarang saya fokus hafal al-Quran sahaja. Saya belajar melalui YouTube sebagai permulaan. Saya memang teringin nak belajar dengan guru peribadi, tetapi kekangan masa membuatkan ia sukar dilaksanakan. Belajar bahasa Arab memang cita-cita saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Isyariana turut memeriahkan sesi Meet and Greet Dapur Goodday Misi Inspektor Sani yang menjual hidangan daripada program tersebut.

Selain Isyariana, barisan selebriti lain seperti Zizan Razak, Ropie serta Syarul Ezani turut hadir memeriahkan acara yang berlangsung di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 itu.

Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani merupakan program realiti drama masakan pertama di Malaysia yang mula bersiaran pada 18 Februari, setiap hari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Menariknya, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuan utama, sekali gus menjadikan setiap hidangan lebih kaya rasa dan berkrim.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement