Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Wawa Zainal Suka Pakai Kaca Mata Hitam - "Bukan Diva Atau Sombong Tapi..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Wawa Zainal menjelaskan dia memakai kaca mata hitam kerana tidak memakai sebarang solekan, bukan kerana sombong atau diva.
  • Dia mengakui akan terus memakai kaca mata itu walaupun berada di pusat beli belah pada waktu malam.
  • Suaminya, Aeril Zafrel, pernah bergurau bahawa Wawa kelihatan seperti seorang selebriti apabila memakai kaca mata hitam.

Nama pelakon, Wawa Zainal antara selebriti yang dipetik di Threads kerana ada yang mendakwa dirinya kelihatan sombong dan sering memakai kaca mata berwarna hitam.

Mengulas perkara tersebut, Wawa tampil menjelaskan bahawa dia memakai spek berkenaan kerana tidak memakai sebarang solekan di wajahnya, sekali gus menafikan dakwaan dirinya seperti seorang diva.

"Kalau nampak saya pakai spek mata hitam besar, itu tandanya saya tak pakai make up tau. Bukan sebab saya diva atau sombong," tulisnya.

Ujarnya lagi, Wawa turut mengakui bahawa dia tetap akan memakai kaca mata itu di pusat beli belah meskipun ketika waktu malam.

Bukan itu sahaja, suaminya yang juga merupakan aktor,Aeril Zafrel juga pernah berseloroh dengan dirinya bahawa dia kelihatan seperti seorang 'selebriti'.

"Kadang malam-malam kat pusat beli-belah pun saya pakai spek hitam. Suami saya pun cakap pada saya 'macam artis sungguh kau yang'," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement