Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Suruh Batalkan Konsert, Netizen Pertahankan Siti Nurhaliza - "Tolong Sedar, Dia Dah Banyak..."

KONSERT SITI NURHALIZA CANCEL

Seorang individu meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak meminta Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk membatalkan demi memberi laluan kepada isu Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi hantaran di Threads, individu itu menganggap perkara itu tidak wajar kerana Siti Nurhaliza sentiasa menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di sana. 

"Ada yang minta cancel je konsert Siti sebab isu Sumud ni. Tolong sedar, dia dah banyak bantu Palastine dan sebenarnya setiap konsert dia ada bahagian yang akan diberikan pada negara itu dan dia menggunakan platformnya sebaik mungkin untuk membawa isu ini," tulis individu berkenaan.

Luahan itu mencetus pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tampil mempertahankan Siti serta mengakui jasanya terhadap Palestin.

Advertisement

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

 

Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza sempena 30 tahun perjalanan seninya bakal berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sekadar rekod, pelantun lagu Cindai itu bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menubuhkan Yayasan Nurjiwa sejak 2006 iaitu sebuah organisasi amal kebajikan bagi membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Antara sumbangan terbesar penubuhan tersebut ialah mendirikan sekolah kanak-kanak di Gaza iaitu Sekolah Afwa Al Aafiyah pada 2021, namun malangnya musnah dibedil rejim Israel baru-baru ini. 

Must-Watch Video

Advertisement