Skip to main content

Selebriti

"Adakalanya Terlintas Nak Berhenti..." - Shiha Zikir

"Adakalanya Terlintas Nak Berhenti..." - Shiha Zikir

Sekilas

  • Shiha Zikir berkongsi pengalaman berlatih menari dan bersilat untuk program realiti TV yang memerlukan usaha gigih dan sokongan orang sekeliling.
  • Dia mengakui pernah terfikir untuk berhenti kerana tekanan dan cabaran dalam menghafal langkah tarian serta belajar silat buat pertama kali.
  • Shiha menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang memberi semangat dan memuat naik video sebak ketika latihan bersama gurunya.
Advertisement

Penyanyi, Shiha Zikir mengimbau kembali momen dirinya yang bertungkus-lumus berlatih menari dan bersilat untuk sebuah program realiti TV.

Menerusi perkongsian di Threads, Shiha berkata bahawa kemenangannya dalam program tersebut lahir dari usaha yang berterusan dan sokongan luar biasa dari orang sekelilingnya.

Advertisement

“Apa yang Shiha nak kongsikan adalah tiada kejayaan yang hadir tanpa usaha yang gigih. Betapa pentingnya orang sekeliling yang beri semangat dan sentiasa ada,”tulisnya.

Menurut Shiha, dia mengakui dirinya pernah terfikir untuk berhenti memandangkan dia amat terkesan sepanjang proses latihan tersebut.

“Mungkin ini hanya sedikit cerita di belakang tadbir yang saya kongsikan. Adakalanya ada terlintas nak berhenti. Waktu ini, saya terkesan sangat. Dengan waktu yang singkat untuk ingat setiap langkah untuk beberapa lagu dan ini kali pertama saya bersilat.

Advertisement

“Tetapi itulah pentingnya orang sekeliling yang memahami dan sentiasa beri semangat untuk kita kembali bangkit. Terima kasih banyak-banyak,”ujarnya.

Dalam hantaran sama, Shiha turut memuat naik video dirinya yang sebak ketika sedang berlatih bersama gurunya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

Must Watch Video

Advertisement