Sekilas
- Akier Jamilulhayat jelaskan akaun palsu yang dikaitkan dengan abangnya, Hussain, dan memohon maaf kepada yang terpedaya mengikuti akaun tersebut.
- Akier sahkan wanita yang dikaitkan dengan Hussain bukan teman wanita, selepas mendapat penjelasan terus dari Hussain.
- Hussain tutup akaun media sosial sementara waktu untuk menenangkan diri, bukan untuk lari dari masalah, dan Akier mohon peminat beri ruang dan sokongan.
Adik kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain iaitu Akier Jamilulhayat tampil menjelaskan beberapa isu yang sedang tular melibatkan abangnya, termasuk akaun palsu, hubungan dengan seorang wanita dan kehilangan akaun media sosial Hussain.
Menerusi perkongsian di Threads, Akier memohon maaf kepada orang ramai yang mengikuti akaun palsu tersebut dan menegaskan akaun itu bukan milik Hussain.
“Untuk isu akaun palsu, saya minta maaf kepada yang follow kerana itu bukan Hussain,” tulisnya.
Tentang wanita yang dikaitkan dengan Hussain, Akier berkata dia sendiri baru mengetahui perkara itu selepas membaca banyak hantaran di Threads sebelum menghubungi abangnya untuk mendapatkan penjelasan.
Menurut Hussain, wanita tersebut bukan teman wanitanya seperti yang didakwa ramai.
“Untuk yang isu Hussain dengan pihak itu, saya tak pernah tahu sehinggalah saya buka Threads hari ini sebab ramai yang mention. Saya pun dah hubungi Hussain dan dia kata wanita itu bukan teman wanita dia. Dia cuma ambil barang yang ingin diberikan sahaja dan bukan berdua,” jelasnya.
Dalam masa sama, Akier turut memohon maaf kepada peminat yang mendakwa dimarahi oleh Hussain dan berharap orang ramai dapat memahami keadaan abangnya yang terlalu penat ketika itu.
“Saya minta maaf bagi pihak abang saya sebab ada segelintir peminat yang dimarahinya. Harap kalian faham. Mungkin Hussain terlalu penat sehingga ada yang dimarahinya. Saya minta maaf bagi pihaknya dan tolong jangan marah Hussain, keluarga dan diri saya,” ujarnya.
Akier juga menjelaskan tindakan Hussain mematikan akaun media sosial buat sementara waktu bukan kerana mahu melarikan diri daripada masalah, tetapi untuk menenangkan diri.
“Mengenai Hussain mematikan akaun sementara waktu pula, dia cuba untuk menenangkan diri dan bukan lari dari situasi. Minta jasa kalian bagi Hussain ruang dan peluang untuk dia belajar dari kesilapan dan terus bangkit serta buat yang terbaik pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sumber: Threads Akier