Skip to main content

Rancangan TV

AIM24: Den Manjo Syukur ‘Cinta Setandan Pisang’ Menang Lagu Etnik Terbaik - “Lagu Kelantan Pertama Yang Menang…”

AIM KELANTAN DEN MANJO

Penyanyi, Den Manjo meluahkan rasa syukur apabila lagu Cinta Setandan Pisang dendangan bersama Eda Ezrin diumum sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 pada Sabtu.

Menurut Den, ini merupakan kemenangan pertama kali lagu dialek Kelantan di pentas berprestij itu.

Advertisement

“Saya bersyukur kerana ini lagu Kelantan pertama yang menang dalam AIM, Alhamdulillah terima kasih ‘sek kito jange pecoh’,” katanya.

Den berkata demikian semasa memberikan ucapan selepas menerima trofi Lagu Etnik Terbaik.

Sementara itu, Eddie berterima kasih kepada semua pihak yang menyatakan sokongan terhadap lagu etnik tempatan

“Terima kasih semua yang memberi sokongan terhadap lagu Kelantan dan dikir barat seperti ini,” ujarnya.

Lagu ciptaan Eddie Hamid itu berjaya menewaskan empat karya hebat lain seperti Menyantun Kasih dendangn Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Hasil kemenangan, lagu yang mengangkat dialek Kelantan itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD)

AIM24 bersiaran secara langsung dinTV2 dari Arena Of Stars, Genting Highland.

Must-Watch Video

Advertisement