Skip to main content

Selebriti

Aina Abdul Ada Peluang Tinggi Untuk Bergelar Juara, Jaclyn Victor Titip Kata-Kata Semangat - “Saya Tak Pernah Lihat Dia Rasa…”

Aina Abdul Ada Peluang Tinggi Untuk Bergelar Juara, Jaclyn Victor Titip Kata-Kata Semangat - “Saya Tak Pernah Lihat Dia Rasa…”

Sekilas

  • Jaclyn Victor memberikan kata-kata semangat kepada Aina Abdul yang akan berentap di Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok pada 14 November ini.
  • Jaclyn memuji Aina sebagai artis serba lengkap dengan vokal mantap, gaya unik, dan kebolehan mencipta serta menggubah lagu sendiri.
  • Aina akan mempersembahkan lagu terbarunya berjudul Bluest Sky dalam bahasa Inggeris, mewakili Malaysia bersama peserta dari beberapa negara Asia lain.
Advertisement

Penyanyi Jaclyn Victor menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi, Aina Abdul yang bakal berentap di Eurovision Song Contest Asia 2026 pada Sabtu malam.

Jaclyn atau nama penuhnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor yakin dengan kemampuan Aina dalam memberikan persembahan yang terbaik memandangkan Aina memiliki keistimewaannya tersendiri.

Advertisement

“Aina, kamu pasti boleh lakukannya. Saya rasa saya tidak pernah melihat dia berasa gementar. 

“Namun, apabila kita melangkah keluar dari Malaysia dan bersaing dengan begitu banyak negara lain, kita juga tahu Eurovision merupakan satu platform dan pertandingan yang sangat besar. 

“Jadi apabila pertandingan ini dibawa ke Asia, saya sangat teruja untuknya kerana Aina sangat istimewa pada pandangan saya,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Jaclyn berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert Sooka & konsert Vaganza Astro yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, Jaclyn menyifatkan Aina sebagai artis yang serba lengkap kerana bukan sahaja memiliki vokal mantap dan busana kreatif, malah  persembahan Aina juga di luar kotak.

“Saya sukakan suaranya, saya sukakan karismanya di atas pentas, serta pemakaiannya yang avant-garde dan sentiasa tampil dengan gaya tersendiri. 

“Apa yang paling saya kagumi tentang Aina adalah dia mencipta muziknya, menulis lirik dan menggubah lagu sendiri. Pada pandangan saya, dia seorang artis yang serba lengkap.

“Jika dilihat maklum balas di media sosial mengenai Aina, komen-komen sangat banyak. 

“Jadi Aina, ketahuilah bahawa kami semua berdiri di belakang awak dan kami amat berbangga dengan semua pencapaian awak. Bertenang, tarik nafas dan berikan persembahan yang terbaik,”ujarnya.

Dalam pada itu, meskipun Jaclyn tidak mengetahui kriteria pemarkahan pertandingan tersebut secara terperinci, namun pelantun lagu Gemilang itu percaya Aina mempunyai peluang tinggi untuk bergelar juara.

“Sejujurnya, saya tidak berapa tahu bagaimana mereka akan membuat penilaian.

“Tetapi jika dinilai daripada apa yang saya perhatikan, Aina adalah antara peserta yang dikenali di sana. Jadi ya, saya rasa peluang untuk dia menang adalah sangat tinggi,”kongsinya.

Untuk info, Aina bakal mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul Bluest Sky yang ditulis dalam bahasa Inggeris di pertandingan tersebut.

Selain Malaysia, pertandingan yang bakal berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut menghimpunkan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Must Watch Video

Advertisement