Skip to main content

Berita

Air Mata Tun M Tumpah Lagi, Kembali Ziarah Pusara Isteri Tercinta Hari Ini

Air Mata Tun M Tumpah Lagi, Kembali Ziarah Pusara Isteri Tercinta Hari Ini

Sekilas

  • Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi sebak ketika menziarahi pusara isteri tercinta, Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali di Pusara Negara.
  • Negarawan berusia 101 tahun itu menitiskan air mata mengenang teman hidupnya selama tujuh dekad, selepas pemergian Allahyarhamah pada 28 September lalu.
  • Tun Dr. Mahathir pernah dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian susulan tekanan emosi akibat kehilangan isteri, namun keadaannya dilaporkan tidak membimbangkan.
Advertisement

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi pusara isteri tercinta, YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20, hari ini.

Menerusi siaran langsung Sinar Harian, Tun Dr. Mahathir dilihat berada di sisi pusara Allahyarhamah dalam suasana penuh sayu.

 

Negarawan berusia 101 tahun itu turut kelihatan menitiskan air mata ketika meluangkan masa di pusara insan yang menjadi teman hidupnya selama tujuh dekad.

Momen tersebut sekali lagi mengundang rasa sebak selepas Tun Dr. Mahathir sebelum ini turut dilihat menangis ketika istiadat pengebumian isterinya pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Tun Dr. Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian selepas melalui beberapa hari yang penuh tekanan emosi susulan pemergian isterinya.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan keadaan bapanya tidak membimbangkan dan kemasukan ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau dipantau selepas berdepan kehilangan besar tersebut. 

YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali menghembuskan nafas terakhir di IJN pada pagi 28 September lalu pada usia 100 tahun sebelum dikebumikan di Pusara Negara pada hari sama dengan Istiadat Pengebumian Negara. 

Allahyarhamah meninggal dunia pada 16 Rabiulakhir 1448H selepas 70 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tun Dr. Mahathir. 

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement