Berita
Ajak Shiro Bersama Fad Bocey Berentap Jadi Juara Cabaran 'Move On Je Lah'
Jika dalam episod 1 menyaksikan Ali Puteh bersama Joey Joras menyahut cabaran Game Show Adabi Flamitoz, kali ini giliran Ajak Shiro dan Fad Bocey mencuba nasib.
Dua pelawak dari program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) ini bersaing sesama sendiri dalam menentukan siapakah antara mereka menjadi juara.
Menariknya, video aksi mereka berdua ini dirakam di belakang pentas MLM 2018 yang turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram, Astro Gempak.
Selebriti, Issey Fazlisham sebagai pengacara mengajak Ajak bersama Fad menyertai satu permainan iaitu 'Move On Je Lah'.
Dalam episod ketiga Adabi Flamitoz MLM 2018 ini, Ajak dan Fad perlu menyusun cawan kertas dari bawah ke atas sehingga habis dan pemenang dipilih mengikut siapa peserta yang terpantas menyempurnakan cabaran tersebut.
Nak tahu siapa yang menang, penonton MLM 2018 boleh menyaksikan video ini di www.maharajalawakmega.com.my.
Bersama hashtag #MakanPastiSyok, snek berasaskan jagung keluaran Adabi Snack Food Sdn Bhd di bawah jenama Flamitoz sudah berada di pasaran bersama tiga jenis perasa iaitu Cheezt Blast (Keju), Chicky Boom (Ayam) dan BBQ Explosion (BBQ).
Apa yang syok, Snek Flamitoz ini juga dipanggang (tidak digoreng), tiada kolestrol, tiada ‘trans-fat’ malah mempunyai citarasa snek yang sempurna, sedap dan rangup dengan keunikan rupabentuk ‘zigzag’ membolehkan ianya dinikmati oleh semua lapisan penggemar snek pada bila-bila masa di mana jua.
Snek Flamitoz adalah produk Halal, keluaran Bumiputera dengan jangka hayat selama 12 bulan yang boleh dibeli di pasaraya, kedai runcit dan juga di rangkaian stesen minyak seluruh negara pada harga yang berpatutan.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi