Skip to main content

Selebriti

Ajak Shiro Kongsi Titik Terendah Hidup, Dedah Terpaksa Jual Rumah, Kereta & Gadai Gelang Isteri - "Saya Rasa Macam Gagal..."

Ajak Shiro Kongsi Titik Terendah Hidup, Dedah Terpaksa Jual Rumah, Kereta & Gadai Gelang Isteri - "Saya Rasa Macam Gagal..."

Sekilas

  • Ajak Shiro berkongsi pengalaman terpaksa guna duit simpanan dan jual aset keluarga untuk selesaikan hutang syarikat produksinya, Baba Camp House Production.
  • Dia terpaksa keluarkan anak-anak dari sekolah swasta akibat kesan kewangan tersebut, yang menjadi titik paling sukar dalam hidupnya sebagai bapa.
  • Babah Ventures lancar kempen Equity Crowdfunding melalui pitchIN, bagi beri peluang pelanggan jadi pemegang saham dan dapat baucar tunai 120% pelaburan.
Advertisement

Pelawak dan usahawan, Ajak Shiro berkongsi titik terendah dalam hidupnya apabila terpaksa menggunakan duit simpanan bagi menyelesaikan kerugian hutang syarikat produksi miliknya iaitu Baba Camp House Production Sdn Bhd.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berkata, kejadian yang berlaku beberapa tahun lepas itu telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya sehingga dia terpaksa menjual rumah, kereta dan barang kemas isterinya.

Advertisement

“Saya terpaksa jual rumah saya di Johor untuk menampung kehidupan kita. Tapi sebenarnya masih lagi tak cukup sebab hutang itu agak besar. Saya terpaksa lelong gelang-gelang emas isteri saya. Saya jual kereta saya.

“Titik paling rendah sekali, bila saya terpaksa keluarkan anak-anak saya daripada sekolah swasta. Bukanlah sebab saya nak sangat anak saya sekolah swasta, tapi daripada awal, mereka ni dah sekolah swasta. Dah selesa.

“Duit yang saya dapat dalam bidang seni tu, saya lebih suka habiskan dalam pendidikan anak-anak. Jadi, ketiga-tiga anak saya sekolah di sekolah swasta.

“Ada anak saya yang menangis sebab nak kena berhenti sekolah. Di pertengahan tahun saya terpaksa keluarkan dia,” katanya kepada Gempak.

Ajak berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Daripada Pelanggan Menjadi Saham Bumbu Babah di Setapak Central pada Jumaat. 

Katanya lagi, pengalaman tersebut menjadi titik paling sukar buatnya sebagai seorang bapa.

“Ketika itu, dalam hati saya sebagai seorang ayah, saya menangislah. Saya rasa macam saya gagal bagi yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya rasa saya ayah yang tak gunalah sebab terlalu percaya kata kawan.

“Akhirnya saya jadi macam ni. Yang menjadi mangsa pula adalah keluarga saya.

“Dan sejak daripada itulah saya berjanji yang saya nak mula berniaga. Saya nak cuba buat satu benda yang baru, tapi bukan dengan mulakan tanpa ilmu.

“Alhamdulillah, lepas mula berniaga, saya dah dapat tebus balik gelang tangan isteri saya. Saya dah dapat tebus balik cincin dia. Kehidupan dah selesalah sekarang,”kongsinya.

Sekadar info, Babah Ventures Sdn Bhd (Babah Ventures), syarikat di sebalik rangkaian restoran Bumbu Babah, melancarkan kempen Equity Crowdfunding (ECF) menerusi pitchIN, sekali gus membuka peluang kepada pelanggan dan penyokong jenama itu untuk menjadi pemegang saham syarikat.

Selain menerima saham biasa, pelabur juga boleh menerima baucar tunai bersamaan 120 peratus daripada jumlah pelaburan yang boleh ditebus dalam tempoh empat tahun dan dikreditkan terus ke dalam aplikasi Bumbu Babah milik pelabur.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

BLANK Car Perfume

BLANK Car Perfume

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

Must Watch Video

Advertisement