Sekilas
- Ain Edruce berkongsi rasa takutnya terhadap anjing liar selepas kes seorang kanak-kanak diserang beberapa ekor anjing jalanan.
- Dia mengakui sanggup menunggu di dalam kereta sehingga anjing-anjing itu pergi sebelum keluar dari kenderaan.
- Ain juga mendidik anak-anaknya supaya berhati-hati dan menjauhi anjing liar demi keselamatan.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tampil berkongsi pandangan mengenai kes melibatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai diserang beberapa ekor anjing jalanan.
Menerusi perkongsian di Threads, Ain berkata kejadian seperti itu yang menyebabkan dirinya takut dengan anjing liar.
Malah, dia mengakui sanggup menunggu di dalam kereta sekiranya ternampak anjing berkeliaran berhampiran sebelum keluar dari kenderaan.
“Sebab itu aku takut anjing liar ini. Aku kalau nak keluar kereta, nampak anjing liar, aku sanggup tunggu sampai anjing-anjing ini semua pergi,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Ain turut mendedahkan bahawa dia mendidik anak-anaknya supaya sentiasa berhati-hati dan menjauhi anjing liar.
“Aku didik anak aku untuk takut anjing liar juga. Menakutkan betul. Kesiannya adik ini,” ujarnya.
Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan parah selepas dipercayai diserang lima ekor anjing jalanan di hadapan rumah neneknya pada Sabtu lalu.