Skip to main content

Selebriti

'Aku Pilih Pelangi’ Kini Nombor Satu di Viu, Gandingan Mira Filzah, Zahiril Adzim & Noki K-Clique Lebih Daripada Sekadar Kisah Romantik

WhatsApp Image 2026 04 22 at 12.08.20 AM

Sekilas

  • Viu lancar siri original terbaharu, Aku Pilih Pelangi, yang mengisahkan cabaran perkahwinan apabila Firdaus hilang penglihatan dan Nayla mengambil alih tanggungjawab keluarga.
  • Siri 12 episod ini dibintangi Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique, mula distrim 16 April 2026 setiap Khamis dan Jumaat di aplikasi Viu.
  • Viu tawar diskaun 50% untuk pelan langganan bulanan sempena kempen Work From Home, bermula RM10.95 untuk dua bulan pertama.

Perkhidmatan penstriman video terkemuka, Viu milik PCCW, hari ini mengumumkan pelancaran Viu Original terbaharunya, Aku Pilih Pelangi (The Colour of Us).

Siri 12 episod yang dibintangi olehl Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique ini boleh mula distrim di aplikasi Viu pada 16 April 2026 setiap hari Khamis dan Jumaat.

Diterbitkan oleh Global Film Station dan arahan Riza Baharudin, siri ini melangkaui kisah romantik dengan mengangkat realiti sebuah perkahwinan yang diuji apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan, serta tekanan emosi di dalam perhubungan.

Bolehkah Cinta Terus Mekar Dalam Kegelapan?

Siri ini mengisahkan Firdaus (Zahiril Adzim), seorang arkitek yang hilang penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, hingga isterinya Nayla (Mira Filzah) terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dalam usaha membantu Firdaus menyesuaikan diri, Nayla memasang tali panduan di rumah, namun tekanan emosi semakin membebankannya.

Dalam keletihan itu, Nayla menemui ketenangan bersama rakan lama, Iskandar (Noki K-Clique), yang kehadirannya mula menguji kesetiaan. Pada masa sama, Firdaus menyedari perubahan dalam hubungan mereka. Naskhah ini mengangkat tema cinta, tanggungjawab dan dilema pilihan hidup.

Diskaun 50% Sempena Kempen 'Work From Home'

Seiring dengan pelaksanaan arahan Work From Home (WFH) oleh kerajaan pada 15 April lalu, Viu turut memperkenalkan tawaran diskaun 50% untuk pelan langganan bulanan bermula dengan harga serendah RM10.95 bagi dua bulan pertama.

Penonton boleh menikmati pelbagai kandungan premium dari rumah, termasuk Viu Original terbaharu, Aku Pilih Pelangi.

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. TikTok. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement