Skip to main content

Selebriti

Akui Bukan Mudah, Mhia Firdaus & Nandagopall Mohan Kongsi Pengalaman Belajar Bahasa Isyarat - “Mereka Sangat Detail…”

Akui Bukan Mudah, Mhia Firdaus & Nandagopall Mohan Kongsi Pengalaman Belajar Bahasa Isyarat - “Mereka Sangat Detail…”

Sekilas

  • Mhia Firdaus dan Nandagopall Mohan berkongsi pengalaman mereka belajar bahasa isyarat untuk filem SAYANG SAYANG yang mengangkat kisah komuniti pekak dan bisu.
  • Mereka menjalani latihan intensif selama tiga bulan dan mendapat bimbingan daripada komuniti pekak dan bisu untuk memastikan lakonan lebih natural dan tepat.
  • Filem SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di pawagam Malaysia mulai 5 November ini.
Advertisement

Aktres, Mhia Firdaus mengakui kelas bahasa isyarat merupakan kelas paling tenang buatnya berbanding kelas lain yang perlu diikuti seperti Muay Thai dan menyelam (diving).

Mhia yang memegang watak sebagai Mina berkata, komuniti pekak dan bisu sangat teliti ketika mengajar mereka bahasa isyarat, malah tidak teragak-agak untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Advertisement

“Malam kadangkala saya ada kelas bahasa isyarat. Antara kelas yang saya sertai seperti Muay Thai dan diving, kelas bahasa isyarat adalah yang paling tenang. Kami ada makan malam dengan komuniti pekak dan bisu. Mereka sangat detail. Kalau kita salah dan tak yakin, mereka akan beri semangat dan ajar.

“Mereka faham, bukan senang untuk memahami mereka dan dalam masa sama kami juga susah nak faham situasi mereka. Walaupun ada kekurangan, mereka masih mahu berkomunikasi dengan kami. Semoga kami dapat beri keadilan buat mereka,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, pelakon Nandagopall Mohan yang membawa watak sebagai Ajay turut berkongsi pengalamannya sepanjang mempelajari bahasa isyarat.

Advertisement

Mengakui bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan bahasa tersebut, Nandagopall menganggap watak yang dibawanya sebagai satu tanggungjawab besar kerana perlu mewakili komuniti berkenaan.

“Watak Ajay mewakili komuniti pekak dan bisu. Ia tanggungjawab besar bagi saya. Waktu saya berlakon watak ini, setiap hari saya nak sampaikan dengan sebaik yang mungkin.

“Belajar bahasa isyarat sangat menarik kerana sebelum penggambaran bermula, kami dah belajar selama tiga bulan. Kami belajar asas seperti nombor dan haiwan. Ketika penggambaran, kami juga boleh improvise bahasa isyarat.

“Susah nak adapt. Saya rekod semua video dan tunjuk kat cikgu saya. Kami ada banyak bonding dengan komuniti pekak dan bisu dan golongan senior. Mereka betulkan kami agar ia nampak lebih natural,” ujarnya.

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza iaitu Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.

Selain Mhia dan Nandagopall, filem tersebut turut menampilkan Jo Kukathas, Sasha Tang, Amir Ahnaf, Farah Ahmad, Khir Rahman dan ramai lagi.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement