Skip to main content

Selebriti

Akui Tak Sanggup Hidup Bermadu, Isteri Caprice Pandang Serius Isu Poligami - "Ramai Perempuan Sekarang Takut Dengan Lelaki..."

isteri caprice

Sekilas

  • Farra Inalis, isteri Caprice, menegaskan dia tidak sanggup hidup bermadu walaupun suaminya mampu berpoligami dan memilih untuk tinggalkan jika berlaku.
  • Farra menasihati wanita agar tidak terlalu menurut suami sehingga memberi kesan negatif kepada mental dan emosi mereka.
  • Caprice dan Farra berkahwin pada November 2021 dan kini mempunyai dua anak, termasuk seorang anak lelaki yang lahir Mac lalu.
Advertisement

Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis mengakui dia tidak sanggup hidup bermadu meskipun pasangannya berkemampuan untuk berpoligami.

Menerusi perkongsian di TikTok Live, Farra berkata dia tidak memandang remeh perkara tersebut dan sekiranya ia berlaku pada dirinya, dia memilih untuk pergi meninggalkan pasangannya.

Advertisement

"Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah sembang dengan aku.

"Kalau aku dengan Datuk ke Tan Sri ke, tapi mereka kahwin lebih dari satu, selamat tinggal dan pergi ke destinasi seterusnya. Kau jangan main-main dengan aku.

"Dalam hidup ini, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau asyik tengok dekat perkara lain, sampai mati pun tidak akan cukup seorang," tulisnya.

Dalam masa sama, Farra turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana agar tidak terlalu menurut kata-kata suami sehingga memberi kesan kepada mental dan emosi.

"Aku tak suka lelaki ambil kesempatan pada perempuan.

"Ramai di Malaysia, isteri mendengar kata suami. Bukan salah tapi kadang-kadang sehinggakan mendera mental dan emosi.

"Hidup ini kena adil. Ramai perempuan sekarang takut dengan lelaki sebab mereka tidak bekerja. Tak boleh jadi baik sangat," ujarnya.

Untuk info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement