Skip to main content

Selebriti

“Alhamdulillah Dah Berangkut, Malu Hidup Atas Duit Perempuan” - Abby Abadi

Abby Abadi, Individu Guna Duit Wanita

Penyanyi, Abby Abadi mencuri perhatian netizen menerusi perkongsian di Threads yang disifatkan penuh sindiran.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut meluahkan rasa syukur sambil mendakwa ada individu yang hidup bergantung pada wang hasil usaha seorang wanita.

Advertisement

"Alhamdullillah dah berangkut dah… malulah hidup atas duit perempuan.. jalan terus! jangan belok2!" tulis Abby.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa lega dengan kenyataan bekas penyanyi kumpulan Elite itu , malah ramai mendoakan agar urusan keluarga itu dapat diselesaikan dengan baik.

"Kami semua menyokong di belakang anda, Abby hanya bercakap tentang kebenaran. Semoga Allah sentiasa bersamamu.

"Alhamdulillah, semoga tiada konflik lagi.

"Kalau berlaku dekat anak aku pun aku akan buat benda yang sama. Jangan peduli apa orang cakap.

"Yang tak ada anak je boleh cakap macam-macam. Kalau ada anak mesti sokong Abby," komen netizen.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada hantaran bekas penyanyi kumpulan Elite itu ditujukan khusus mengenai rumah tangga anaknya atau sebaliknya, seperti yang diperkatakan netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement