Skip to main content

Viral

"Allah Makbulkan Doa Kami" - Jaslinda Ditemui Tiga Jam Selepas Suami Dan Anak Solat Hajat

Astro Gempak jaslinda (1)

Sekilas

  • Jaslinda Saludin, yang hilang sejak 23 Mei ketika mendaki Gunung Batu Putih, ditemukan selamat selepas hampir dua minggu hilang.
  • Suaminya, Haszman Othman, bersama dua anak mereka menunaikan solat hajat di kaki gunung sebelum berita penemuan Jaslinda diterima kira-kira tiga jam kemudian.
  • Jaslinda ditemui di Kampung Lubuk Gaharu selepas maklumat dari komuniti Orang Asli disalurkan kepada pihak berkuasa, menarik perhatian ramai sebagai kisah keajaiban survival.
Advertisement

Kisah kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang berakhir dengan berita gembira terus menyentuh hati ramai apabila suaminya mendedahkan mangsa ditemukan selamat hanya kira-kira tiga jam selepas mereka menunaikan solat hajat.

Menurut suaminya, Haszman Othman, 61, dia bersama dua anak Jaslinda iaitu Nurin Darwisyah Mohd Faizal, 26, dan Dhia Damia Mohd Faizal, 21, menunaikan solat hajat di kaki Gunung Batu Putih pada kira-kira jam 2 petang, Sabtu lalu.

Advertisement

Katanya, mereka memohon agar usaha pencarian dipermudahkan dan Jaslinda segera ditemukan dalam keadaan selamat.

“Pada hari tersebut, dua anak Jaslinda datang ke sini dari Kuala Lumpur. Saya bersama-sama mereka menunaikan solat hajat di kaki Gunung Batu Putih memohon Allah memudahkan usaha pencarian dan menemukan Jaslinda,” katanya.

Menurut Haszman, kira-kira jam 5.30 petang pada hari yang sama, mereka menerima berita yang dinanti-nantikan apabila pihak berkuasa memaklumkan Jaslinda telah ditemukan dalam keadaan selamat.

“Lebih kurang pada pukul 5.30 petang, kami mendapat berita Jaslinda sudah ditemukan dalam keadaan selamat. Allah makbulkan doa kami,” katanya.

Mengimbas kembali detik tersebut, Haszman menyifatkannya sebagai hari paling bermakna buat mereka sekeluarga selepas hampir dua minggu menanti khabar berita mengenai isterinya.

“Ia adalah hari yang terbaik bagi kami, Tuhan makbulkan doa kami, doa anak-anak, doa saudara mara dan netizen.

“Mungkin juga berkat anak-anak dia datang ke sini pada hari tersebut,” katanya lagi.

Untuk rekod, Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu. Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh selepas maklumat mengenainya disalurkan oleh komuniti Orang Asli kepada pihak berkuasa.

Kisah survival Jaslinda yang berjaya bertahan hampir dua minggu di dalam hutan sebelum ditemukan selamat terus mendapat perhatian ramai, malah dianggap sebagai satu keajaiban oleh banyak pihak.

Sumber: Utusan Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

Must Watch Video

Advertisement