Skip to main content

Viral

AmBank Perjelas Video Tular Gelandangan Disiram Air, Disepak

ambank_gelandangan

Sekilas

  • AmBank mengesahkan insiden seorang lelaki gelandangan disiram air dan disepak di kaki lima cawangan mereka oleh pengawal keselamatan pihak ketiga dan seorang lelaki lain.
  • AmBank menegaskan tiada siapa wajar dilayan sedemikian dan menuntut semua wakil organisasi menjaga profesionalisme sepanjang masa.
  • Bank itu berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan menghargai keprihatinan rakyat Malaysia.

Kumpulan AmBank tampil membuat penjelasan susulan tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan tiba-tiba disiram air dan disepak hanya kerana baring di kaki lima AmBank cawangan Taman Maluri.

AmBank dalam satu kenyataan berkata, pihaknya prihatin tentang insiden tersebut dan mengakui kesal dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, individu yang menyiram air kepada gelandangan itu ialah pengawal keselamatan 'third-party' iaitu daripada syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik pihak bank.

"Bagaimanapun, kami meminta semua yang mewakili organisasi kami, termasuk vendor dan rakan kerjasama untuk mengekalkan tahap profesionalisme sepanjang masa.

"Tiada sesiapapun yang wajar dilayan sedemikian rupa. Keselamatan, maruah dan kesejahteraan semua yang berada di dalam mahupun di luar premis bank sentiasa menjadi keutamaan kami.

"Justeru, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan komited untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi. Terima kasih rakyat Malaysia di atas keprihatinan anda," kata AmBank pada Selasa.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by AmBankMY (@ambankmy)

 

Sebelum ini, tular video berdurasi 35 saat memaparkan seorang lelaki yang sedang baring di luar premis bank disiram air oleh pengawal keselamatan perempuan, kononnya untuk menghalau individu tersebut daripada tidur di situ.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki pertengahan umur dipercayai tukang kasut yang bekerja di kawasan berhampiran tergamak menendang mangsa dan menyuruhnya beredar dari situ.

Perbuatan itu mengundang kecaman warga maya kerana majoriti beranggapan tiada siapa berhak dilayan sedemikian rupa.

Must-Watch Video

Advertisement