Skip to main content

Viral

Anak Derhaka, Lapor Polis Dipukul Ibu Kerana Leka Main Telefon

pukul_phone

Seorang remaja berusia 17 tahun melaporkan ibunya ke pihak polis atas dakwaan dipukul.

Namun setelah diselidik, polis mendapati insiden pukul yang dilakukan ibu berusia 45 tahun itu bukan bersifat penganiayaan.

Advertisement

Menerusi laporan Kompas, remaja dengan pengenalan TFS dari Kecamatan Tumpang, Kabupaten Malang di Indonesia itu tidak berpuas hati selepas dipukul ibunya dengan menggunakan penyapu.

Selepas polis datang ke kediaman mereka dan melakukan siasatan, ibunya yang dikenali sebagai S mengaku memukul anaknya dengan penyapu sebanyak tiga kali kerana sikap kurang sopannya.

Remaja itu dipukul kerana tidak membersihkan bilik tidur dan leka bermain telefon.

“Setelah kami selidik terjadi salah faham dalam kes ini. Si ibu tidak melakukan penganiayaan.

“Dia meminta anaknya untuk membersihkan bilik tidur, melipat selimut dan kemas katil tetapi tidak diendahkan.

“Anaknya juga leka bermain telefon. Geram, si ibu memukul anaknya tiga kali dengan penyapu. Dia lalu pergi ke kebun dan tidak menyangka anaknya melaporkan kes kepada pihak polis,” ujar wakil polis seperti dilaporkan.

Isu tersebut kemudian diselesaikan secara baik selepas dua beranak itu saling bermaafan.

Must-Watch Video

Advertisement