Skip to main content

Selebriti

Anak Dilempang, Sasha Abdul Aziz Dakwa Pembantu Rumah Guna 'Barang' Tundukkan Majikan - "Saya Nak Naikkan Suara Tapi Rasa Macam Tersekat"

Sasha Abdul Aziz pengasuh sihir

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memuat naik hantaran barang-barang yang mencurigakan milik pembantu rumahnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Sasha mendakwa barang yang berunsur  mistik itu digunakan untuk mempengaruhi dirinya.

Antara barang-barang yang ditemui ialah minyak, batu-batuan, garam dan banyak lagi.

"Dia ni ada permit. Pakai barang untuk tundukkan majikan ke tu. Tampar anak orang sesuka hati," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Sasha turut memaklumkan bahawa perkhidmatan pembantu rumah di kediamannya itu telah pun ditamatkan.

"Kalau ada benda macam ini dalam bilik anak dan almari, ini apa ya. Pembantu itu dah dipecat.

"Moga Allah lindungi anak-anak kita. Sekarang dah tau kenapa saya nak marah, tapi tidak boleh. Saya nak naikkan suara tapi saya rasa macam suara saya tersekat.

"Sekarang saya dah faham kenapa saya takut sangat dengan dia sedangkan saya tegas dengan keluarga anak-anak tetapi dengan dia saya tak boleh," ujarnya.

Terdahulu, Sasha meluahkan rasa terkejut apabila mendakwa anak sulung, iaitu Isabella menjadi mangsa pukul pembantu rumahnya.

Sasha juga mendakwa pembantu rumahnya itu pernah meminta kenaikan gaji kerana menjaga Isabella meskipun anak sulungnya itu sudah mampu berdikari sedikit demi sedikit.

Must-Watch Video

Advertisement