Berita
Anak Ditahan Wad, Fad & Achey Cari Bahan MLM 2017 Di Hospital
Anak kepada pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey telah dimasukkan ke hospital semalam (Isnin), kerana demam dan masalah tonsil.
Fad ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, anaknya Favian Adrazin Hayyan, 1, ditahan di wad kanak-kanak Hospital Pakar Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam kerana suhu badannya naik mendadak.
Sementara itu, isteri Fad, Nur Syahirah A. Rahman atau Syaheera berkata, selain demam tonsil Hayyan juga membengkak.
"Suhu badan Hayyan terlalu tinggi dan tonsil dia bengkak.
"Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Doakan semuanya dipermudahkan," katanya.
Tambah Fad lagi, buat masa ini kesihatan anaknya itu lebih penting dan dia mengambil keputusan untuk menemani putera kesayangannya itu di hospital.
"Saya dan isteri sama-sama tidur di hospital dengan Hayyan. Lagipun mudah untuk kami pantau keadaan Hayyan dari semasa ke semasa.
"Lagipun, isteri saya sedang hamil anak kedua kami. Saya tidak boleh menyerahkan kepada dia 100 peratus untuk menjaga Hayyan kerana dia pun tak berapa sihat sebab alahan," ujarnya.
Ditanya mengenai persediaannya untuk persembahan di MLM minggu ini, Fad mengakui dia terharu dengan sahabatnya Achey, kerana memahami situasinya sekarang.
"Saya tidak sangka Achey sanggup ke hospital bersama-sama saya mencari bahan untuk minggu ini.
"Achey tidak membenarkan saya meninggalkan Hayyan, sebaliknya dia menawarkan diri untuk bersama saya di hospital," ujarnya.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa .
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 serta mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.