Sekilas
- Fasha Sandha berkongsi tentang konflik dan janji dalam hubungan adik-beradik di Instagram Story yang menarik perhatian ramai.
- Fasha berseloroh mengenai anak kedua yang sering perlu mengalah dalam keluarga dan menegaskan pentingnya menepati janji.
- Hantaran Fasha dipercayai berkaitan dengan adiknya, Elisya Sandha, yang sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati mengenai hubungan mereka di Threads.
Pelakon, Fasha Sandha mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran mengenai konflik hubungan adik-beradik yang mencetus tanda tanya ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fasha menyentuh tentang janji antara ahli keluarga serta sikap adik-beradik yang perlu saling memahami.
Malah, dia turut berseloroh mengenai anak kedua yang sering perlu mengalah dalam keluarga.
“Keluarga adalah segalanya. Kalau janji kena tepati kan? Pernah tak adik-beradik sendiri mungkiri janji-janji atau janji manismu atau janji-janji dicapati?
“Kalau nak merajuk adik-beradik ok ke. Tau anak kedua ini asyik kena mengalah sahaja? Siapa anak kedua? Anak kedua memang anak terbaik sebab penyabar orangnya kan,” tulisnya.
Meskipun hantaran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan adiknya, aktres, Elisya Sandha, Fasha bagaimanapun tidak menyebut nama sesiapa dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, Elisya berkongsi luahan mengenai hubungan adik-beradik yang dipercayai melibatkan dirinya dan kakaknya.
Menerusi hantaran di Threads, Elisya meluahkan ketidakpuasan hatinya sebagai seorang adik yang merasakan dirinya sering perlu mengalah.