Skip to main content

Selebriti

Anak Lelaki Masuk Hospital, Sasha Abdul Aziz Hairan Jatuh Sakit Walaupun Diberi Susu Badan - "Patutlah Saya Tak Teruja Sambut Tahun Baru..."

sasha anak

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi detik cemas apabila anak lelakinya, Harris Liu terpaksa dimasukkan ke hospital, sekali gus menguatkan rasa tidak terujanya menyambut tahun baharu selama ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Sasha memaklumkan anaknya mengalami batuk berterusan sejak beberapa minggu lalu, selain selsema dan kahak yang semakin teruk sejak kebelakangan ini.

"Saya tak kuat. Patutlah saya tak teruja langsung dengan tahun baru. Rupanya, anak lelaki saya kena masuk hospital. Dah berminggu batuk. Sejak dua hari lepas, anak saya selsema dan banyak sangat kahak.

Dalam pada itu, Sasha turut meluahkan rasa hairan kerana anak kesayangannya itu jatuh sakit walaupun diberikan susu badan sepenuhnya.

"Hari ini doktor suruh masuk wad. Memang saya kasi susu badan sepenuhnya. Tak faham kenapa jatuh sakit. Doakan Idris ya," tulisnya.

Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suami, Daily Doseof Liu pada tahun 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu serta seorang cahaya mata lelaki iaitu Harris Liu.

Must-Watch Video

Advertisement