Skip to main content

Selebriti

Anak Mama Kuat! Abby Abadi Titip Pesanan Buat Marissa Dania - "Kalau Hari Ini Adik Belum Faham Erti Hidup, Tidak Mengapa..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi nasihat bermakna kepada anak perempuannya, Marissa Dania, agar mencari kemanisan hidup dengan berpandukan jalan Allah.
  • Abby menegaskan pentingnya belajar dan membuat keputusan berdasarkan nilai hidup sendiri, bukan ikut orang ramai.
  • Abby juga mengingatkan bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan bukan tanda kegagalan.
Advertisement

Penyanyi, Abby Abadi menitipkan pesanan penuh makna buat anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby menasihati Marissa agar terus mencari kemanisan kehidupan berpandukan jalan Allah.

Advertisement

“Pusing-pusing dulu, lihat keindahan bumi milik Allah ini. Beri peluang kepada diri untuk merasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan.

“Kalau hari ini Adik belum faham erti hidup, tidak mengapa. Yang penting, terus belajar dan jangan buat sesuatu hanya kerana ramai orang buat. Lakukan sesuatu apabila ia memberi ‘nilai’ kepada hidup Adik. Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tetapi pada jiwa dan hati yang tenang,” katanya.

Dalam masa sama, Abby turut menegaskan bahawa kesilapan dalam membuat keputusan bukanlah tanda kegagalan, sebaliknya sebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupan.

“Nasihat Mama kepada Adik, Adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan bermakna Adik gagal. Itu tanda Adik sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak Mama kuat!” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement