Berita
Anak Sumber Kekuatan Yaya Sertai Rockanova
Peserta diserap masuk, Yaya akui anak-anak merupakan sumber kekuatannya untuk menyertai program Rockanova.
"Saya tak sangka terpilih untuk sertai rockanova dan sejujurnya saya rasa sangat terkejut.
"Anak-anak adalah tulang belakang saya dan mereka banyak memberikan sokongan supaya saya tidak putus asa.
"Saya tahu untuk umur 38 tahun ini boleh dikatakan agak lambat untuk sertai program realiti tapi saya tak mahu itu dijadikan sebagai alasan.
"Genre rock memang saya suka, sebab itu saya beranikan diri untuk hadiri ujibajakat. Selain itu saya juga nekad untuk mengubah nasib keluarga saya," katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Yaya ditemui sejurus tamat konsert ketiga Rockanova yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, semalam.
Yaya atau nama sebenarnya Rosiah Baharuddin, 38, telah menyampaikan lagu Tiada Lagi Kidungmu nyanyian asal kumpulan Lefthanded.
Selain Yaya, seorang lagi peserta yang turut diserap masuk adalah Azmi, 28.
Yaya berada ditangga pertama dengan jumlah markah sebanyak 78.3 peratus manakala Azmi 77.6 peratus.
Jumlah markah peserta yang diserap masuk adalah 100 peratus kuasa juri.
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Manakala pelakon dan penyanyi Erra Fazira hadir sebagai juri jemputan.
Minggu ketiga Rockanova menyaksikan para peserta bersaing dengan lagu bertemakan band lagenda Malaysia.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri
Must-Watch Video