Berita
“Anak-Anak Baru Tahu Saya Penyanyi...”- Dia Fadila
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Dia Fadila mengakui sejak 10 tahun lalu, dia bukan sahaja meninggalkan bidang nyanyian malah sebagai meninggalkan tugasnya sebagai guru vokal.
Pemilik nama sebenar Nurfadilla Nadia Abu Bakar, 34, ini berkata, selama tempoh itu dia banyak menguruskan hal rumah tangga serta membesarkan dua anaknya sendiri.
“Selepas melahirkan anak pertama saya terus berhenti mengajar sepenuh masa dan memberi tumpuan pada keluarga.
“Bayangkanlah, bukan sahaja menyanyi malah sudah kurang dengan aktiviti sebagai guru vokal.
“Anak-anak pun baru tahu saya menyanyi tahun ini, sampai mereka pelik kenapa saya tiba-tiba menyanyi di rumah,” katanya kepada Gempak.
Menurut pelantun lagu Aku Masih Setia itu, dek kerana sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, rasa gementar ketika melakukan persembahan itu sangat tinggi.
“Saya hanya manusia biasa, rasa gugup selepas sekian lama tidak muncul itu normal.
“Saya harap untuk konsert seterusnya ini, saya dapat mengatasinya,” katanya lagi.
Dia mendirikan rumah tangga dnegan Redza Abdullah Sanusi dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Qaseh Dhiya, 8 dan Chinta Qadisa, 5.
Selain Dia, GV5 turut dibarisi 11 peserta lain seperti kumpulan Elite, Forteen, pasangan duo Billy Zulkarnain, Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Zamani Slam dan Shafie Rio.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
GV5 mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi otai Datuk Khadijah Ibrahim duduk di kerusi juri tetap.