Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, meluahkan rasa sedih dan simpatinya terhadap nasib yang menimpa rakan baiknya, pelawak, Sathiya yang baru sahaja kehilangan kaki kirinya akibat kencing manis
Menurut Ameer, Sathiya merupakan kenalan rapat baginya yang sentiasa menceriakan hari-harinya.
Advertisement
"Sedih menerima perkabaran duka bahawa pelawak dan pelakon, Sathiya yang saya anggap sebagai seorang kenalan baik dan sentiasa menghiburkan, sedang ditimpa musibah.
"Apatah lagi ketika beliau bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi," tulis Ammer.
Beliau turut memaklumkan pihak Mydin akan menyalurkan bantuan segera menerusi inisiatif MYDIN Prihatin bagi meringankan beban perbelanjaan rakannya itu.
"MYDIN menerusi insiatif MYDIN Prihatin akan berusaha membantu meringankan beban perbelanjaan beliau.
"Saya turut mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan," katanya lagi.
Terdahulu, Sathiya dilaporkan selamat menjalani pemotongan kaki kiri di Hospital Ampang pada Selasa lepas selepas berdepan masalah saraf dan kencing manis selama hampir 10 tahun.