Sekilas
- Filem SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu yang mencari identiti dan impian mereka dalam kehidupan.
- Jin Ong, penerbit filem ini, berharap karya tersebut dapat menyentuh emosi penonton dan mengajak mereka menghargai hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.
- SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November depan.
Penerbit filem SAYANG SAYANG, Jin Ong menyifatkan karya tersebut sebagai sebuah puisi yang sarat dengan kisah kekeluargaan dan kasih sayang.
Menurut Jin Ong, dia berharap filem ini dapat menyentuh emosi penonton dan membuatkan mereka lebih menghargai hubungan dengan insan di sekeliling.
“Sama ada kasih sayang keluarga, cinta, mahupun persefahaman dan kebersamaan sesama manusia, saya berharap apabila penonton melangkah keluar dari pawagam.
“Mereka bukan sahaja membawa pulang cerita yang ditonton, tetapi juga menghargai insan di sekeliling yang wajar disayangi dan dihargai,” katanya.
Untuk info, SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, iaitu Ajay, Mina dan San San, yang mencari identiti, mengejar impian serta mencari tempat mereka dalam kehidupan.
Filem ini turut dibintangi Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.
SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton di Malaysia bermula 5 November depan.