Berita

Angkat Tema 'Meriah Bersama', Astro Perkenalkan Saluran Khas Ramadan HD

gempak
Kamaruddin Razal
03/05/2018
00:05 MYT
Sponsor Banner
Angkat Tema 'Meriah Bersama', Astro Perkenalkan Saluran Khas Ramadan HD
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan dan Raya yang menjelang tiba, Astro buat julung kalinya mengangkat tema 'Meriah Bersama'.
Astro meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian menarik menerusi seleksi program hebat di semua platform termasuklah di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjuran aktiviti on ground.
Meraikan konsep kebersamaan yang menerapkan elemen keriangan menerusi kandungan hiburan yang bakal disajikan, Astro membuka saluran khas 'Ramadan HD' (saluran 122) yang boleh dinikmati secara percuma bermula 12 Mei ini.
Saluran khas ini bakal menyajikan seleksi program Ramadan dan Raya menarik yang telah disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.
Saluran ini akan diteruskan sehingga musim perayaan menerusi saluran 'Raya HD' dari 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Sebanyak 38 program menarik disediakan buat penonton termasuk Legasi Luar Biasa, Trek Muslim, Diari Ramadan Neelofa dan Sepahtu Reunion Al Puasa.
Peminat drama juga bakal disajikan dengan seleksi drama menarik iaitu Klik! Pengantin Musim Salju, Rahsia Hati Perempuan, Bila Aidil Ada Fitri dan banyak lagi.
Saluran radio milik Astro juga bakal menampilkan program menarik untuk pendengar mereka bersempena kedatangan Ramadan di stesen ERA, SINAR, ZAYAN dan GEGAR.
Platform digital seperti Gempak, Rojak Daily Kaw!, Thinker Studios, Drebar dan InTrend juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan kehadiran Ramadan dengan program seperti Road Thrift Meriah, Sah To Share, Gema Azan dan banyak lagi.
Untuk lebih informasi terkini dan menarik mengenai program istimewa Astro sepanjang Ramadan ini, layari laman web www.meriahbersama.com.my
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024