Skip to main content

Berita

Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Menerusi Permainan Roblox, Individu Raih Pujian Ramai

Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Menerusi Permainan Roblox, Individu Raih Pujian Ramai

Sekilas

  • Seorang individu menganjurkan bacaan yasin dan tahlil secara maya di platform permainan video Roblox bagi mengenang Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
  • Majlis tersebut mendapat perhatian dan pujian ramai walaupun hanya dihadiri kurang 500 orang, dengan suasana yang serius dan teratur seperti majlis sebenar.
  • Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun dan dikenang sebagai tokoh wanita yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan dan khidmat masyarakat.
Advertisement

Tindakan seorang individu yang menganjurkan bacaan yasin dan tahlil buat Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi Threads, individu yang dikenali sebagai @aliffnadzrin memuat naik tangkap layar memaparkan sebuah akaun di TikTok yang menganjurkan majlis tersebut.

Advertisement

Meskipun tidak sampai 500 orang yang menyertainya namun tindakan tersebut ternyata meraih perhatian serta pujian ramai.

Menurut wargamaya, meskipun majlis itu hanya dianjurkan menerusi permainan video game namun ia tetap satu tindakan dan inisiatif yang wajar dipuji dan dicontohi.

“Orang mungkin fikir ini gurauan tapi ini sangat mengharukan. Kalau arwah (Tun Hasmah) masih ada tentu beliau gembira.

Advertisement

“Diaorang memang serius tadi. Habis baca yasin, ada doa, and ada emcee yang bertugas. Proper je cuma virtually in Roblox.

“Ia mungkin berbeza tapi tak salah. Biar mereka lakukan mengikut era dan zaman mereka,” komen netizen.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement