Skip to main content

Berita

Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Diabadikan, Ikon Kemanusiaan Dan Kesihatan Awam - MAF

Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Diabadikan, Ikon Kemanusiaan Dan Kesihatan Awam - MAF

Sekilas

  • MAF dan MAC mengucapkan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan mengenang jasa besar beliau dalam kesihatan awam serta pembangunan masyarakat.
  • Sejak 1996, MAF mengabadikan nama Allahyarham melalui Anugerah Tun Dr Siti Hasmah bagi menghargai sumbangan dalam memperkukuh respons HIV/AIDS di Malaysia.
  • Legasi dan nilai kemanusiaan Allahyarham terus menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat.
Advertisement

Malaysian AIDS Foundation (MAF) dan Malaysian AIDS Council (MAC) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, sambil menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Dalam satu kenyataan, MAF dan MAC berkata Allahyarham akan sentiasa dikenang atas jasa, dedikasi serta sumbangan besar beliau dalam bidang kesihatan awam, pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, komitmen Allahyarham terhadap nilai kemanusiaan, belas ihsan dan khidmat kepada masyarakat telah menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat merentasi generasi.

“Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan sentiasa dikenang atas jasa dan dedikasi beliau dalam bidang kesihatan, pembangunan masyarakat serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Komitmen beliau terhadap nilai kemanusiaan, belas ihsan dan khidmat kepada masyarakat telah memberi inspirasi kepada ramai pihak merentasi generasi,” menurut kenyataan itu.

MAF turut mengimbau hubungan erat Allahyarham dengan organisasi berkenaan sejak lebih tiga dekad lalu.

Sejak tahun 1996, yayasan itu mengabadikan nama Allahyarham menerusi Anugerah Tun Dr Siti Hasmah, yang diwujudkan bagi mengiktiraf individu dan organisasi yang memberikan sumbangan cemerlang dalam memperkukuh respons HIV/AIDS di Malaysia.

Menurut MAF dan MAC, nama serta legasi Allahyarham terus menjadi simbol kepimpinan yang berteraskan kemanusiaan, keprihatinan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

“Legasi Allahyarham mengingatkan bahawa usaha membina masyarakat yang sihat, inklusif dan penyayang memerlukan komitmen berterusan untuk memastikan tiada sesiapa yang terpinggir atau ditinggalkan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua organisasi turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita.

MAF dan MAC menegaskan bahawa jasa serta sumbangan Allahyarham akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan dalam memperjuangkan nilai kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat.

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement