Skip to main content

Selebriti

"Artis Itu Hanya Pekerjaan Sahaja, Sama Seperti Manusia Biasa" - Janna Nick

WhatsApp Image 2026 04 18 at 3.42.02 PM

Sekilas

  • Janna Nick menegaskan artis hanyalah pekerjaan biasa dan tidak perlu dilayan secara berlebihan.
  • Layanan yang diterima oleh seseorang bergantung pada cara mereka melayan orang lain.
  • Janna menasihatkan supaya tidak mengharapkan layanan istimewa dan mengamalkan sikap saling menghormati tanpa mengira status.

Pelakon Janna Nick tampil bersuara mengenai persepsi masyarakat terhadap golongan artis serta isu layanan berbeza yang sering diberikan kepada selebriti.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna menegaskan bahawa kerjaya sebagai artis hanyalah satu pekerjaan dan sama sahaja seperti individu lain.

"Artis itu hanya pekerjaan sahaja. Sama seperti manusia biasa. Pakailah wangi macam mana, kentut tetap akan berbau busuk juga. Mati pun balut kain kafan juga. Jadi tak perlulah nak layan terlalu berlebihan,"tulisnya.

Pelakon drama Syurga Nur itu turut menjelaskan bahawa layanan yang diberikan kepada seseorang selalunya akan dibalas mengikut cara kita melayan mereka.

"Misalnya, kalau awak beri layanan baik kepada pekerja khidmat pelanggan dan artis, pasti mereka akan melayani awak dengan baik. Tetapi kalau awak baran dengan mereka, pastilah mereka akan buat perkara yang sama,"ujarnya.

Dalam masa sama, Janna menasihatkan orang ramai agar tidak mengharapkan layanan istimewa atau berlebihan daripada sesiapa, sebaliknya mengamalkan sikap saling menghormati tanpa mengira status.

"Kita tak boleh harap layanan yang lebih-lebih pun. Jadi janggal kalau awak nak terlalu sangat perhatian. Double standard semua tidak perlu!," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement