Skip to main content

Selebriti

Artis Nasyid Dipinggirkan Media? Hazamin Inteam Pesan Jaga Hubungan Baik - "Kita Semua Kawan..."

Artis Nasyid Dipinggirkan Media? Hazamin Inteam Pesan Jaga Hubungan Baik - "Kita Semua Kawan..."

Sekilas

  • Hazamin dari Inteam menjelaskan isu kurangnya liputan media terhadap pemenang kategori nasyid di AIM25 adalah salah faham teknikal semasa acara berlangsung.
  • Beliau menasihatkan artis baru supaya menjaga hubungan baik dengan media dan belajar dari artis lama seperti Hijjaz dan Rabbani untuk manfaat kerjaya mereka.
  • Hazamin juga mengingatkan pengkarya muda supaya menggunakan media sosial dengan bijak dan mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman sebelum berkongsi karya.
Advertisement

Ahli kumpulan Inteam, Hazamin tampil mengulas isu seorang penyanyi nasyid yang didakwa kurang mendapat perhatian media selepas menerima sebuah pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik 25 (AIM25)

Menurut Hazamin, perkara tersebut hanyalah sekadar salah faham antara individu berkenaan dengan pihak media kerana berlaku kesilapan teknikal.

Advertisement

"Saya rasa ada sedikit salah faham. Kategori nasyid merupakan antara kategori terawal diumumkan. Apabila pemenang keluar dari dewan, mungkin pihak media ketika itu belum benar-benar bersedia.

"Malah ketika giliran kami yang diumumkan selepas itu pun, keadaan masih belum sepenuhnya bersedia. Jadi saya rasa ia lebih kepada salah faham dari segi teknikal,"katanya kepada Gempak.

Hazamin berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran konsert Rindu Sumayyah di Istana Budaya pada Selasa.

Advertisement

Dalam masa sama, Hazamin turut berpesan agar pendatang baru atau artis muda supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan pengamal media.

"Media  datang untuk memberikan liputan kepada pemenang. Saya rasa artis-artis baharu perlu mengenali dan membina hubungan baik dengan media. Jangan anggap media sebagai orang asing. Kita semua kawan dalam industri.

"Abang Azadan sendiri banyak berpesan kepada kami tentang perkara ini. Dia memang mempunyai hubungan baik dengan media dan selalu mengingatkan kami supaya berkawan dengan media.

"Saya rasa itu antara perkara yang boleh dipelajari artis baharu daripada artis lama seperti Hijjaz dan Rabbani,"ujarnya.

Sementara itu, Hazamin turut menitipkan pesanan kepada pengkarya muda untuk memanfaatkan platform sosial media sebaiknya, selain mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman.

"Zaman sekarang, media sosial sangat penting. Tetapi cara kita mengetengahkan sesuatu isu atau mendapatkan perhatian orang ramai bergantung kepada pendekatan masing-masing.

"Lebih baik sebelum memuat naik sesuatu, kita merujuk kepada orang yang lebih berilmu dan berpengalaman, terutama penggiat nasyid.

"Kadang-kadang orang muda terus sahaja menghasilkan atau memuat naik sesuatu. Tetapi dunia hari ini sudah berubah. Kita berada dalam dunia digital dan AI, semuanya boleh diperoleh dengan mudah. Sebab itu jangan tersalah langkah. Penting untuk kita mempunyai guru,"ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hijjaz bakal kembali mengubat kerinduan peminat menerusi Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah yang dijaduak berlangsung di IB pada 16 dan 17 Oktober ini.

Dianjurkan oleh Inteam Records, konsert berkenaan bukan sekadar persembahan nostalgia, sebaliknya menjadi penghargaan terhadap perjalanan, karya, persahabatan, perjuangan serta legasi Hijjaz yang mewarnai perkembangan industri nasyid tanah air selama tiga dekad.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement