Skip to main content

Berita

“Arwah Masih Bersedih Kehilangan Bapanya Dua Minggu Lepas” - Ibu Saudara Mangsa Nahas Maut Di Simpang Renggam

Ibu saudara mangsa nahas Simpang Renggam

Sekilas

  • Nor Haida reda dengan pemergian anak saudaranya, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, yang maut dalam kemalangan lima kenderaan di Simpang Renggam, Johor.
  • Kemalangan itu turut meragut nyawa isteri Mohd Aiman, Nor Azlina Abd Latif, 33, ibu mentua Semek Mat Soh, 73, dan anak saudara Nur Airish Syifa Sidek, 10.
  • Mereka dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri keluarga di Melaka dan dijangka kembali ke Dungun kerana Nur Airish akan mula bersekolah.

Ibu saudara kepada mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor iaitu Nor Haida reda dengan pemergian anak saudaranya, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36.

Menurut Nor Haida, kesedihan mereka sekeluarga belum lagi reda selepas pemergian ayah Mohd Aiman dua minggu lepas akibat kanser usus dan mereka menerima pula berita yang lebih memilukan.

"Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas, namun tidak sangka dia pula pergi meninggalkan kami.

"Bukan sahaja Mohd Aiman malah isteri, ibu mentua dan anak saudaranya turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, " katanya seperti dilapor Bernama.

Selain Mohd Aiman, turut maut dalam kemalangan pada jam 1 tengah hari itu, isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33, dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10.

Nor Haida berkata, anak saudaranya itu, yang tinggal dan bekerja di Ladang Kelapa Sawit Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai ketika kemalangan dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.

Wanita itu berkata, Mohd Aiman merupakan seorang anak yang mengambil berat terhadap kebajikan arwah ayah, Mohd Rashid Dolah, 59, dan ibunya, Fauziah Abdullah, 59, serta ibu mentuanya yang uzur.

"Saya juga baru bertemu dengan Mohd Aiman dan isteri serta ibu mentuanya ketika mereka pulang ke kampung pada Aidiladha Rabu lepas.

“Tiada perubahan yang ketara kerana mereka selama ini memang mesra dengan keluarga,” katanya.

Nor Haida berkata, pasangan tersebut, yang berkahwin pada 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata, pulang ke Ulu Sedili pada Khamis lepas dengan membawa bersama Nur Airish Syifa dan dijangka balik semula ke Dungun pada Sabtu depan kerana kanak-kanak itu mula bersekolah pada Ahad.

Jelas Nor Haida lagi, dia mengetahui kemalangan yang menimpa Mohd Aiman daripada ahli keluarga terdekat pada 1.30 tengah hari, sebelum memaklumkan kepada ibu bapa Nur Airish Syifa iaitu Sidek Abdul Hamid, 42, dan Nurul Ain Mohd Rashid, 38, serta ahli keluarga lain.

"Ibu Mohd Aiman, Fauziah bersama-sama Sidek serta Nurul Ain kemudian bertolak ke Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor pada 2.30 petang untuk urusan membawa pulang jenazah ke sini," katanya.

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Must Watch Video

Advertisement