Skip to main content

Selebriti

Aset Dilelong, Datuk Seri Vida Akui Kenal Identiti Pembida - "Saya Tak Halalkan, Sedih Sebab Itu Titik Peluh Saya..."

Vida Barangan Peribadi

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Vida tekad nak selamatkan aset yang dibina dengan titik peluh sendiri kerana nilai sentimental yang tinggi.
  • Individu yang menang bidaan barangan lelong dari rumah mewahnya sebenarnya pekerjanya sendiri.
  • Vida akui berat hati terima kenyataan tapi reda dengan ujian yang diberi Tuhan.
  • Dia pernah terlalu 'innocent' dalam berniaga sehingga akhirnya menanggung kesan negatif sendiri.
  • Seramai 727 barangan peribadi termasuk tiga kereta mewah dilelong dengan jumlah bidaan tertinggi hampir RM1 juta.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menegaskan bahawa dia mahu menyelamatkan aset yang dibina melalui titik peluh sendiri kerana setiap barangan yang dimiliki mempunyai nilai sentimental yang begitu besar buat dirinya.

Vida, atau nama penuhnya Datuk Seri Hasmiza Othman turut mengesahkan bahawa individu yang memenangi bidaan barangan lelong dari kediaman mewahnya sebenarnya merupakan pekerjanya sendiri.

"Saya yakin pasti ramai orang yang tahu sebab mereka selalu melihat orang itu bersama-sama saya. Siapa lagi kalau bukan dia yang membeli barangan saya.

"Apapun, saya perlu selamatkan aset yang dibina dengan titik peluh sendiri, termasuk nilai sentimental pada perabot itu," katanya kepada Gempak.

Perkara itu dikongsikan Vida ketika menghadiri majlis tayangan filem Penghukum: Nusantara Assassin di TGV KLCC pada Khamis.

Pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu berkata meskipun hatinya berat untuk menerima kenyataan, dia tetap reda dengan ujian yang diberikan Tuhan.

"Dalam hati, saya hanya mampu kata saya tak halalkan. Sedih sebab hampir sejuta itu adalah titik peluh saya yang meniaga, buat live, pergi luar negara cari rezeki. Tapi nak atau tak, saya kena lalui juga. Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik untuk saya,” ujarnya.

Vida turut mengakui bahawa dirinya dahulu terlalu 'innocent' dalam berniaga sehingga akhirnya memakan dirinya sendiri.

"Dulu saya lurus ketika berniaga, dan akhirnya orang lain pula yang tersakiti seakan-akan dia yang menunggu rumah tak siap, duit habis, bayaran bulanan kena tanggung. Saya reda walaupun menerima kecaman. Saya percaya ada pelangi selepas hujan," jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 727 barangan peribadi milik DSV termasuk tiga kereta mewah jenama Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 yang telah dilelong dengan jumlah bidaan tertinggi mencecah RM1 juta.

Must-Watch Video

Advertisement