Skip to main content

Acara

Astro Perkenal ‘Inspirasi SeeNI Award’, Angkat Usahawan PMKS Ke Peringkat Nasional

Astro Gempak seeni

Sekilas

  • Astro terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan PMKS melalui penganjuran Inspirasi SeeNI Award bersama RichWorks Consulting Group.
  • Anugerah ini mengiktiraf pencapaian jenama tempatan dan memberi inspirasi kepada usahawan baharu serta yang sedang berkembang.
  • Majlis tahun ini melibatkan 161 perniagaan dengan 198 penerima anugerah, bertujuan memperkukuh kredibiliti dan daya saing PMKS di peringkat nasional dan antarabangsa.
Advertisement

Astro terus memperkukuh peranannya sebagai platform utama pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui penganjuran Inspirasi SeeNI Award, sebuah inisiatif yang lahir daripada kandungan Borak SeeNI dan direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama RichWorks Consulting Group.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf pencapaian jenama tempatan serta menjadi medan inspirasi buat usahawan baharu dan yang sedang berkembang. Ia juga mengangkat Astro sebagai jenama media arus perdana yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan kejayaan PMKS ke peringkat nasional.

Advertisement

Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan SME Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman berkata, kerjasama ini merupakan penghargaan besar buat Astro dalam usaha menyokong agenda pemerkasaan PMKS.

“Kami berperanan mengangkat naratif kejayaan usahawan tempatan serta memperluaskan inspirasi menerusi penceritaan pengalaman perniagaan daripada usahawan terlibat.”

Beliau berkata penglibatan Astro sebagai peneraju media menambah kredibiliti terhadap pengiktirafan yang diberikan kepada pemenang, selain memperkukuh kedudukan usahawan tempatan di peringkat antarabangsa.

Anugerah ini dianjurkan bersempena Program Titan’s Inner Circle Meeting (ICM), program eksklusif RichWorks yang berlangsung tiga kali setahun, menghimpunkan usahawan berprestasi tinggi dalam ekosistem Titan dan Titan Circle Plus++ (TCP++).

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Gladiator Award, Gladiator Rising Star Award, Gladiator Growth Award, Gladiator Prime Growth Award, Stalion Award , dan Astro Inspirasi SeeNI Award .

Majlis tahun ini melibatkan 161 perniagaan dengan 198 penerima anugerah, berdasarkan prestasi kewangan tahun 2025.

Kerjasama strategik ini dijangka membuka ruang lebih luas kepada PMKS Malaysia untuk terus membina kredibiliti, meningkatkan jenama dan memperkukuh daya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

10 inches Love Shape Wedding Party Decoration Balloon (10pcs) 19457

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

🔥Local Stock😎 3 Piece Suit Men Blazer Lelaki Set Baju Tuxedo Slim Fit Blazzer Man Formal Business Wedding Korean Office Coat KotPlus Size

🔥Local Stock😎 3 Piece Suit Men Blazer Lelaki Set Baju Tuxedo Slim Fit Blazzer Man Formal Business Wedding Korean Office Coat KotPlus Size

🙋‍♂️👩‍❤️‍👨Catton flecee Plain Sweater size S-2xl

🙋‍♂️👩‍❤️‍👨Catton flecee Plain Sweater size S-2xl

Must Watch Video

Advertisement