Personaliti media sosial dan usahawan, Auntie Jaa mencuri perhatian netizen apabila mendakwa ada individu yang cuba meniru resepi serta idea daripada jenama manisan miliknya iaitu Suka Dessert.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Auntie Jaa atau nama lengkapnya .... akui kecewa apabila individu tesebut sanggup mengambil kesempatan meskipun sebelum ini telah diberi dorongan dan sokongan.
Advertisement
"Di contactnya supplier besar SD dan jumpa boss terus. Semuanya guna tiket SD patutlah sibuk datang dari jauh semata-mata nak join meeting. Padahal tak terlibat pun.Dah masuk kelas, SD siap support. Masih lagi nak ikut resipi SD. Lemah.
"By the way boleh dah kut stop jaja ceria sedih hal family," tulisnya di ruangan komen.
Susulan perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri spekulasi apabila rata-rata netizen mengaitkan nama pempengaruh yang juga pengasas kafe Hud, Haqiem Stopa serta bekas pekerja Suka Dessert yang didakwa ada kaitan dengan isu berkenaan.
Antara komen yang ditinggalkan:
"Patutla anak aku cakap kafe Haqiem Stopa copy Suka Dessert. Memang sebijik.
"Jahat sungguh, pengkhianat orang macam tu. Haqiem Stopa tak takut ke kena khianat juga dengan orang yang sama nanti.
"Cafe Hud tiru Auntie Jaa.
"Sedihnya rasa macam kena betray je.
"Macam mana dia boleh terfikir nak betray orang dia dah lama kerja. Dah merata tempat bawak and makan tak berkira.
Namun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemilik kafe dan bekas pekerja berkenaan.