Skip to main content

Filem

Aura Farming! Filem Malam Terlarang & Banduan Kini Dominasi Pawagam Seluruh Negara

MT & Banduan Top 3

Ringkasan AI

  • Filem tempatan Malam Terlarang dan Banduan kini menjadi tumpuan utama di pawagam Malaysia.
  • Malam Terlarang menduduki tangga pertama carta tayangan manakala Banduan berada di tempat ketiga.
  • Banduan, arahan Kroll Azry dan adaptasi filem India Kaithi, mengisahkan seorang banduan bantu polis dalam misi sindiket dadah.
  • Filem Banduan menampilkan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki.
  • Malam Terlarang berlatar era 1980-an dan mengisahkan kisah mistik serta ritual terlarang dalam keluarga Mawar.

Dua filem tempatan, Malam Terlarang dan Banduan kini menjadi tumpuan penonton di pawagam seluruh Malaysia.

Kedua-duanya mencatat kedudukan cemerlang dalam carta tayangan dengan Malam Terlarang berada di tangga pertama manakala Banduan di tempat ketiga.

Filem Banduan terbitan Number Twenty One Media mula ditayangkan sejak 6 November lalu. 

Karya arahan Kroll Azry ini merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung India, Kaithi.

Filem aksi ini mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu anak perempuannya.

Banduan turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Sementara itu, filem Malam Terlarang terbitan Astro Shaw menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Normah Damanhuri dan Sabri Yunus.

Berlatar belakang era 1980-an, Malam Terlarang mengisahkan Mawar, gadis muda yang dihantui kejadian mistik selepas kematian kakaknya hingga membuka kisah gelap keluarganya yang terlibat dengan ritual terlarang.

Sejak tayangan perdananya pada 30 Oktober lalu, Malam Terlarang terus menerima sambutan luar biasa di seluruh negara.

Must-Watch Video

Advertisement