Sekilas
- Rakan-rakan Amylea Azizan memuji sikap lemah lembut dan rajin beribadah penyanyi itu, termasuk Farisha Iris dan Datuk Seri Alha Alfa.
- Amylea dikatakan sentiasa mengutamakan solat walaupun dalam keadaan sibuk dan menunjukkan budi bahasa yang baik dalam pergaulan.
- Amylea kini sudah ‘move on’ selepas bercerai dan sedang menguruskan syarikat CRM System yang mempromosikan pusat rawatan kesihatan Aluna Asia dengan teknologi moden dan terapi tradisional.
Selepas isu rumah tangga Amylea Azizan tular, nama penyanyi itu sekali lagi menjadi perhatian apabila rakan-rakannya tampil memuji sikap sebenar Amylea.
Menurut penyanyi, Farisha Iris, Amylea seorang yang lemah lembut dan rajin beribadah.
"Kakak Amylea perempuan yang paling baik yang pernah saya jumpa. Macam mana dia bercakap dalam temu bual ni, macam tu lah dia bercakap dengan kawan-kawan dia. Lemah-lembut dan berbudi bahasa.
"Yang paling buatkan saya hormat sangat pada dia ialah dia akan solat kat mana-mana sahaja walaupun sedang sibuk. Dia utamakan solat. Saya percaya Allah nak selamatkan dia dari bahaya," tulisnya.
Perkongsian tersebut turut disokong oleh Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa yang mengakui dia juga kagum dengan Amylea.
"Sangat. Tak pernah terlambat. Azan je solat, zikir tak tinggal. Bukan nak puji kawan, tapi saya sangat kagum. Saya doakan dia jumpa jodoh yang baik," ujarnya.
Sebelum ini Amylea yang ditemui di majlis pelancaran Aluna Signature di Bangsar pada Sabtu mendedahkan dia sudah ‘move on’ selepas bercerai dengan bekas suaminya pada Oktober lalu.
Sekadar info, Amylea sedang menguruskan syarikatnya sendiri iaitu CRM System yang kini rancak mempromosikan sebuah pusat rawatan kesihatan iaitu Aluna Asia.
Aluna Asia menggabungkan terapi tradisional dan teknologi moden, termasuk robot EMMA yang dibangunkan bersama NTU, Singapore General Hospital dan Mayo Clinic.