Sekilas
- Azza Elita menyesal tidak menuntut hak ketika bercerai kerana percaya mampu hidup sendiri tanpa bantuan bekas suami.
- Perpisahan mereka berlaku kerana hubungan jarak jauh dan bukan disebabkan masalah atau layanan buruk dalam rumah tangga.
- Azza menggesa wanita supaya memperjuangkan hak masing-masing dan lelaki supaya menjadikan iman sebagai pegangan hidup.
Penyanyi, Azza Elita menggesa agar golongan wanita memperjuangkan hak masing-masing sekiranya berpisah dengan bekas suami.
Menerusi perkongsian di Threads, Azza mengakui menyesal kerana tidak menuntut sebarang hak ketika bercerai dengan bekas suaminya sebelum ini.
Menurut Azza, ketika itu dia mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah tangga tanpa membuat sebarang tuntutan kerana merasakan dirinya mampu meneruskan kehidupan sendiri.
"Masa cerai dulu saya keluar sehelai sepinggang sebab rasa mampu hidup, biasalah dah terbiasa hidup sendiri. Kahwin bukan dengan orang biasa. tapi hari ini saya rasa penting nya otak dalam hidup wanita .
"Masa muda cerai baru lah saya sedar saya tiada otak .saya tak fikir masa depan masa tu. Tak minta apa apa. Menyesal betul,"tulisnya.
Dalam masa sama, Azza menjelaskan perpisahan mereka bukan disebabkan sebarang masalah besar atau layanan buruk daripada bekas suaminya, sebaliknya berlaku kerana mereka menjalani hubungan jarak jauh (PJJ).
"Masa kahwin, saya tinggal di kondo. Satu floor tu 3 biji Ex husband punya. Patutnya, bagi lah satu masa tu . Aku pun otak ke mana mana sahaja. Tetapi itu lah Ex husband aku ini baik nak mati.
"Sumpah saya tak pernah kena marah, kena maki, kena pukul dan jentik pun tak pernah. Berpisah sebab PJJ. Nak bergaduh tiada sebab.
"Bahaya tau kalau dalam rumah tangga aman sahaja. Keluarga dia baik. Aku bodoh sebab tak minta apa-apa. Jadi, girls perjuangkan hak kamu,"ujarnya.
Mengulas lanjut, Azza turut menitipkan pesanan kepada golongan lelaki supaya menjadikan iman sebagai pegangan hidup.
Katanya, kekayaan tidak membawa makna sekiranya seseorang tidak mempunyai iman.
"Aku ternampak satu hantaran tentang hak isteri . Wahai lelaki jadi lah lelaki yang ada iman. Kau kaya tapi kau tiada iman, tak kemana lah hidup kau. Untuk isteri, lawan hingga ke akhirnya,"katanya.