Skip to main content

Berita

'Babi Terbang' Jadi Punca Sekampung Terputus Elektrik 10 Jam

Babi terbang punca elektrik terputus

Sekilas

  • Sebuah perkampungan di Tongjiang, Sichuan, terputus bekalan elektrik selama 10 jam akibat seekor babi yang tersangkut pada talian voltan tinggi selepas diangkut menggunakan dron.
  • Seorang petani menggunakan dron untuk mengangkut babi ternakannya dari kawasan pergunungan, namun tali yang dipasang pada dron tergantung menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
  • Kerja pembaikan melibatkan 12 pekerja teknikal dan kos mencecah kira-kira RM5,700, sementara video babi terbang itu menjadi tular dan menghiburkan warganet.

Sebuah perkampungan terputus bekalan elektrik selama 10 jam, gara-gara 'babi terbang' yang tersangkut pada talian voltan tinggi.

Kejadian itu berlaku di daerah Tongjiang, Sichuan di China pada 24 Januari lalu apabila seorang petani mahu mengangkut babi ternakannya menggunakan dron dari kawasan pergunungan.

Dia terpaksa mencuba kaedah tidak konvensional itu dan turut menyalahkan keadaan gelap hingga menyebabkan tali yang dipasang pada dron tergantung.

Seramai 12 pekerja teknikal jabatan bekalan kuasa tempatan terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian dan kos pembaikan dilaporkan mencecah kira-kira 10,000 yuan (RM5,700).

Menerusi video tular, dua lelaki dilihat memasang dron bersaiz agak kecil pada seekor babi sebelum ia diterbangkan.

Klip itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi warganet malah ada yang terhibur kerana akhirnya dapat menyaksikan 'babi terbang'.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement