Berita

‘Baby’ Keluar Awal Sebab Nak Tengok Ayah Di MLM 2017 – Shahrol Shiro

gempak
Fiza Kamarudin
10/02/2017
10:41 MYT
Sponsor Banner
‘Baby’ Keluar Awal Sebab Nak Tengok Ayah Di MLM 2017 – Shahrol Shiro
Pelawak Shahrol Shiro bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka malam Rabu lepas.
Shahrol, 33, ketika dihubungi Astro Gempak berkata anaknya itu dilahirkan secara normal pukul 9.36 malam, di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor.
“Alhamdulillah, isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan sudah pulang ke rumah. Saya bersyukur kerana berada disisi isteri dari saat awal hingga dia selamat bersalin.
“Kira-kira pukul 3 pagi, isteri saya mengadu sakit perut dan tidak lama kemudian air ketubannya pecah dan saya cepat-cepat bawa dia ke hospital.
“Sebenarnya saya agak panik kerana tidak menjangkakan isteri akan bersalin awal kerana menurut jangkaan doktor dia akan bersalin pada bulan Mac.
“Agaknya anak saya tak sabar nak tengok ayah dia bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) minggu hadapan,” seloroh Shahrol.
Menurut Shahrol, dia akan berulang alik dari Kluang ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana tidak mahu meninggalkan isterinya bersama anak terlalu lama.
“Saya akan ke Kuala Lumpur setiap minggu dan pulang selepas tamat persembahan kerana isteri dan anak perlukan perhatian saya.
“Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada ibu mertua yang sangat memahami kerja saya dan memberitahu akan tengok-tengokkan isteri dan baby sepanjang 12 minggu saya di MLM 2017.
“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya, isteri dan anak,” ujarnya.
Kumpulan Shiro akan berentap bersama 14 kumpulan lain di MLM 2017 yang akan bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam, setiap Jumaat bermula 17 Februari ini, pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live